Sri Krishna

Krishna
Gelar sebagai Awatara Wisynu sebagai putra kelapan Basudewa dari Dinasti Yadu.
Tuhan Yang berkuasa dalam perguruan Gaudiya Waisnawa.
Dewanagari:कृष्ण
Nama lain:Acyuta; Basudewa; Bagawan; Gopala; Gowinda; Hari; Kesawa; Madawa; Narayana; Wisnu; dan lain-lain.
Golongan:Dewa,
Awatara Wisnu
Kediaman:Masa kecil: Gokul, Vrindavan
Masa remaja: Mathura
Dewasa: Kerajaan Dwaraka
Surgawi: Vaikuntha, Goloka, Nitya Dwaraka
Mantra:ॐ नमो भगवते वासुदेवाय
Om Namo Bhagavate Vāsudevāya
Senjata:Cakra Sudarsana
Pasangan:Radhika, Rukmini,
Satyabama, Jambawati, Kalindi, Nagnajiti, Mitravinda, Charuhasini, Bhadra, Rohini, Subima, Tulsi dan sekitar 16 ribu isteri lainnya
Wahana:Garuda

Krishna (Sanskrit: कृष्ण, rumi: Kṛṣṇa), Kesna (Jawi: كسنا) atau Keresna (Jawi: كريسنا)[1] adalah suatu betara atau dewa agung yang disembah oleh banyak tradisi Hinduisme dalam pelbagai perspektif. Krishna ialah jelmaan atau "titisan" kelapan dewa Vishnu. Krishna juga menjadi Dewa Yang Agung dalam beberapa tradisi.

Sri Krishna memainkan peranan penting dalam epik Mahabharata. Dialog antara Sri Krishna dan Arjuna dalam Mahabharata yang dikenali sebagai Bhagavad Gita telah menerima status Veda kelima dalam agama Hindu.

Sri Krishna juga merupakan Tuhan yang paling popular dalam zaman moden. Sejak kurun ke-10 Masihi, Krishna menjadi subjek yang digemari dalam pelbagai bidang seni dan tradisi tempatan. Tradisi Bhakti yang unik telah kembang bagi pelbagai rupa berlainan Krishna, seperti Jagannatha di Odisha, Vithoba di Maharashtra, dan Srinathji di Rajasthan. Sejak tahun 1960an, penyembahan Krishna telah berkembang ke negara-negara Barat, terutamanya disebabkan gerakan International Society for Krishna Consciousness.

Sri Krishna sering digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang memakan mentega, seorang budak yang memainkan seruling, seperti yang terkandung dalam Bhagavata Purana, atau sebagai seorang dewasa yang memberikan ajaran rohani kepada Arjuna dalam Bhagavad Gita. Riwayat Krishna tersebar dalam pelbagai aspek falsafah dan teologi tradisional Hindu. Krishna juga digambarkan dalam pelbagai perspektif: seorang dewa muda (Bala Gopala), seorang budak nakal (Gopala, Damodara), seorang kekasih yang ideal (Madhava), seorang hero (Vasudeva Krishna), dan Tuhan Maha Berkuasa. Kitab-kitab utama yang mengandungi riwayat Sri Krishna ialah Mahabharata, Bhagavata Purana dan Vishnu Purana.

Teks Hindu
Śruti

Smriti

  1. ^ "Kĕsna", "Kĕresna" di Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 572, 583.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search