Stavka

Stavka (Rusia: Ставка) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada markas besar angkatan tentera Empayar Rusia dan Kesatuan Soviet. Ia telah digunakan dalam Imperial Rusia bagi merujuk kepada staf pentadbiran, dan kepada Markas Besar pada hujung abad ke-19 dalam Angkatan Tentera Imperial Rusia dan kemudian dalam Kesatuan Soviet. Di dalam penulisan sastera Barat, ia kadangkala ditulis dalam huruf besar (STAVKA), yang mana ia sebenarnya tidak betul kerana istilah itu bukan satu akronim. Istilah tersebut boleh digunakan untuk merujuk kepada para anggotanya, serta kepada lokasi markas (maksud asalnya datang dari perkataan lama Rusia ставка — Khemah).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search