Stesen angkasa

Stesen Angkasa Antarabangsa pada tahun 2007
Stesen Angkasa AntarabangsaStesen Angkasa TiangongMirSkylabTiangong-2Salyut 1Salyut 2Salyut 4Salyut 6Salyut 7
Gambar rajah di atas mengandungi pautan yang boleh diklik
Gambar rajah di atas mengandungi pautan yang boleh diklik
Perbandingan saiz antara stesen angkasa terkini atau pada masa lalu. Panel suria berwarna biru, manakala sistem penyinar haba berwarna merah. Stesen yang mempunyai kedalaman berbeza tidak ditunjukkan pada bebayang tersebut.

Stesen angkasa merupakan sebuah struktur buatan yang direka untuk manusia hidup di angkasa lepas. Sehingga kini, hanya stesen orbit rendah bumi atau juga dikenali dengan stesen-stesen orbit telah dilaksanakan. Sebuah stesen angkasa dibezakan dengan kapal angkasa berpenghuni lain oleh kekurangan pendorongan utama atau kemudahan pendaratan—sebaliknya, kenderaan lain digunakan sebagai pengangkut ke dan dari stesen. Stesen angkasa direka untuk didiami dalam tempoh sederhana di orbit, untuk jangka masa beberapa minggu, bulan, atau tahun. Satu-satunya stesen angkasa yang sedang digunakan adalah Stesen Angkasa Antarabangsa. Stesen-stesen terdahulu adalah Almaz, siri-siri Salyut, Skylab dan Mir.

Pada masa sekarang (sehingga 2007), stesen angkasa digunakan bagi mengkaji kesan penerbangan angkasa tempoh panjang ke atas badan manusia selain menjadi pelantar kajian-kajian saintifik yang banyak selain di dalam kenderaan-kenderaan angkasa lain. Sejak penerbangan malang Soyuz 11 hingga Salyut 1, kesemua rekod jangka masa penerbangan angkasa berpenghuni dilakukan di atas stesen angkasa. Rekod jangka masa untuk penerbangan angkasa tunggal adalah 437.7 hari, yang dilakukan oleh Valeriy Polyakov di atas Mir pada tahun 1994 sehingga 1995. Setakat 2008, tiga angkasawan telah melengkapkan misi tunggal melebihi setahun, kesemuanya di atas stesen angkasa Mir.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search