Subang Jaya

Subang Jaya
سوبڠ جاي
Pusat bandar Subang Jaya di SS16
Pusat bandar Subang Jaya di SS16
Bendera Subang Jaya سوبڠ جاي
Mohor rasmi Subang Jaya سوبڠ جاي
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
Penubuhan1974
Taraf Perbandaran1997
Taraf Bandaraya20 Oktober 2020
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Bandaraya Subang Jaya
Zon waktuUTC+8 (MST)
Laman sesawanghttp://www.mpsj.gov.my/
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "population_total Metro"

Subang Jaya ialah sebuah bandar raya dan juga bandar ketiga terbesar yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia, dalam kawasan Lembah Kelang selepas Petaling Jaya dan Shah Alam (ibu negeri Selangor). Subang Jaya terdiri daripada kawasan yang merangkumi SS12 hingga SS19, PJS7 / PJS9 / PJS11 dari Bandar Sunway (yang juga sebahagian bidang kuasa dalam Petaling Jaya di bawah MBPJ seperti PJS8 dan PJS10), UEP Subang Jaya (USJ), Putra Heights dan Batu Tiga. Pada tahun 2010, Subang Jaya adalah bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di Malaysia dengan populasi 1,553,589 penduduk mengatasi Kuala Lumpur (1,475,337 penduduk) kerana berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang, Skypark Subang.

Pembangunan bandar Subang Jaya bermula sekitar tahun 1974. Terdahulu, ia adalah merupakan kawasan ladang kelapa sawit, ladang getah, tanah bekas lombong bijih timah dan sebahagian hutan simpan yang telah dibangunkan untuk hartanah perindustrian, perniagaan. perumahan. kemudahan-kemudahan awam. infrastruktur dan utiliti.

Rentetan sejarah pembentukan bermula apabila Pihak Berkuasa Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengambil langkah untuk menyusun semula sempadan dan pentadbiran beberapa PBT iaitu Lembaga Bandaran Petaling, Lembaga Bandaran Serdang dan Lembaga Bandaran Subang dengan menubuhkan Majlis Daerah Petaling (MDP) pada 1 Januari 1977 sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.

Pada tarikh 2 Januari 1997, MDP dengan rasminya telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengikut Akta Kerajaan Tempatan1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No: 26.

DYMM Sultan Selangor telah memberi perkenan mengisytiharkan naik taraf MPSJ sebagai bandar raya pada tarikh keramat 20 Oktober 2020. Naik taraf Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan pewartaan di bawah Seksyen 4 Warta Kerajaan Negeri Selangor.

Kawasan pentadbiran MBSJ seluas 161.8 km2 merangkumi Subang Jaya, Batu 3, Putra Height, Puchong, Kinrara. Serdang dan Seri Kembangan. Terdiri daripada enam (6) kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN), dua (2) kawasan Parlimen iaitu Subang dan Puchong serta dibahagikan kepada tujuh (7) Blok Pembangunan.

Sehingga tahun 2020, guna tanah sedia ada kawasan MBSJ adalah seluas 13,894.66 hektar, pembangunan komited seluas 1,799.06 hektar serta cadangan pembangunan seluas 486.28 hektar. Guna tanah MBSJ secara keseluruhannya adalah diperuntukkan bagi kawasan perumahan. perniagaan (termasuk tadika swasta), perindustrian pembangunanbercampur,institusi dan kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti, tanah lapang, hutan, badan air serta pengangkutan..


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search