Sudan Selatan

Republik Sudan Selatan
Sudan Selatan
Republic of South Sudan
Bendera Sudan Selatan
Jata Sudan Selatan
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"South Sudan Oyee!"
Lokasi Sudan Selatan
Ibu negara
dan bandar terbesar
Juba
Bahasa rasmiInggeris
Bahasa umum
yang diakui
Arab Juba, Dinka, Nuer, Zande, Bari, Shilluk
Kumpulan etnik
Dinka, Nuer, Bari, Lotuko, Kuku, Zande, Mundari, Kakwa, Pojulu, Shilluk, Moru, Acholi, Madi, Lulubo, Lokoya, Toposa, Lango, Didinga, Murle, Anuak, Makaraka, Mundu, Jur, Kaliko, and others.
KerajaanRepublik demokrasi berpresiden persekutuan
• Presiden
Salva Kiir Mayardit
Riek Machar
Badan perundanganDewan Undangan
Kemerdekaan 
6 Januari 2005
9 Julai 2005
9 Julai 2011
Keluasan
• Jumlah
619,745 km2 (239,285 bt2) (ke-45)
Penduduk
• Perkiraan
7,500,000–9,700,000 (2006, UNFPA)[1]
11,000,000–13,000,000 (dakwaan Sudan Selatan, 2009)[2]
• Bancian Penduduk 2008
8,260,490 (diragui)[3] (ke-94)
Mata wangPaun Sudan Selatan
(SSP)
Zon waktuUTC+3 (Waktu Afrika Timur)
Kod panggilan249
Kod ISO 3166SS
DPT internet.ss
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"

Sudan Selatan, atau nama rasminya Republik Sudan Selatan,[4] merupakan sebuah negara tak berpantai di Afrika Timur. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Bandar Raya Juba. Ia bersempadan dengan Habsyah di timur; Kenya, Uganda, dan Republik Demokratik Congo di selatan; Republik Afrika Tengah di barat; dan Sudan di utara. Sudan Selatan merangkumi kawasan paya Sudd yang dibentuk oleh Sungai Nil Putih, ataupun nama tempatannya Bahr al Jabal.

Negara ini mula-mula menganggotai Sudan Inggeris-Mesir, sebuah negara kondominium di bawah pentadbiran British dan Mesir, kemudian menjadi sebahagian Republik Sudan apabila kemerdekaan dicapai pada tahun 1956. Ekoran Perang Saudara Sudan Pertama, Kawasan Autonomi Sudan Selatan dibentuk pada tahun 1972 dan bertahan hingga tahun 1983. Kemudian, tercetusnya Perang Saudara Sudan Kedua yang berkesudahan dengan Perjanjian Damai Menyeluruh 2005. Pada tahun yang sama, taraf autonomi dipulihkan apabila terbentuknya Kerajaan Autonomi Sudan Selatan. Sudan Selatan menjadi negara merdeka pada 9 Julai 2011 pada tengah malam (00:00) waktu tempatan ekoran pungutan suara pada Januari 2011 yang menyaksikan hampir 99% pengundi memilih supaya Sudan Selatan berpisah daripada negara Sudan.[5]

  1. ^ "UNFPA Southern Sudan". UNFPA. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2011. Dicapai pada 9 Julai 2011.
  2. ^ "Sudan census committee say population is at 39 million". SudanTribune. 27 April 2009.
  3. ^ "Discontent over Sudan census". News24.com. 21 Mei 2009.[pautan mati kekal]
  4. ^ "South Sudan becomes world's newest nation". Forbes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2011. Dicapai pada 9 Julai 2011.
  5. ^ Martell, Peter. "BBC News - South Sudan becomes an independent nation". BBC. Dicapai pada 9 Julai 2011.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search