Sukarelawan Polis

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
Royal Malaysia Police Volunteer Reserve Association (PVR)
Lambang PVR
Intisari agensi
Dibentuk1957 - Kini
Ibu pejabatUiTM, Shah Alam, Malaysia
KakitanganSukarelawan

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) atau dalam bahasa Inggeris Royal Malaysia Police Volunteer Reserve (PVR) adalah satu daripada cabang sumber sokongan dan tambahan sumber tenaga manusia PDRM (Polis Diraja Malaysia) bagi menjalankan pencegahan dan pembenterasan jenayah dengan lebih berkesan. Fungsi SSPDRM lebih kurang seperti Askar Wataniah ATM (Angkatan Tentera Malaysia) satu daripada cabang sumber sokongan tenaga manusia ATM didalam menjalankan tugas harian kepolisan. Mereka memainkan empat peranan utama sepertimana yang dilaporakan dalam satu kajian (Sumber: https://www.emerald.com/insight/content/doi/10.1108/PIJPSM-05-2017-0065/full/html) (Rujuk juga: https://news.utar.edu.my/news/2018/Aug/06/02/02.html). Pada kebiasaannya, mereka terlibat dalam tugas-tugas pencegahan jenayah (Sumber: https://pre-www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2023/03/1081877/masyarakat-pelancong-terus-aman-dinaungi-payung-biru, https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/03/558231/tugas-kian-mencabar).

SSPDRM disertai oleh orang awam sebagai Polis separuh masa untuk membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan formasi masing-masing. Unit ini terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, guru, doktor, ahli perniagaan, dan pegawai-pegawai kanan didalam agensi kerajaan. Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan SSPDRM disasarkan untuk mempunyai 50,000 anggota pada tahun 2017 terdiri daripada semua peringkat masyarakat. Kini, pasukan SSPDRM mempunyai 6,975 anggota pada 31 Disember, 2022 (Sumber: https://apakhabartv.com/2023/03/25/happy-police-day-volunteers-in-the-force/).

Pegawai SSPDRM mempunyai kuasa, imuniti, disiplin dan tugas yang sama dengan seorang pegawai polis regular mengikut pangkat yang disandang olehnya. Ini bermakna pegawai dan anggota SSPDRM adalah penjawat awam dengan mempunyai kuasa yang sama dengan pegawai polis regular termasuk untuk menggunakan senjata api, menggeledah dan menangkap pesalah ketika bertugas sepertimana tertera dalam Akta Polis 1967 (Akta 344).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search