Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail

Sultan Iskandar Al-Haj
Yang di-Pertuan Agong ke-8
Pemerintahan26 April 1984 – 25 April 1989
Pertabalan15 November 1984
Didahului olehSultan Haji Ahmad Shah
Diikuti olehSultan Azlan Shah
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Sultan Johor
Pemerintahan11 Mei 1981 – 22 Januari 2010
Pemasyhuran11 Mei 1981
Didahului olehSultan Ismail
Diikuti olehSultan Ibrahim
KeputeraanTunku Mahmood Iskandar ibni Sultan Ismail
(1932-04-08)8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Tanah Melayu
Kemangkatan22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77)
Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pemakaman23 Januari 2010
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
PasanganKhalsom (Josephine Ruby Trevorrow) (k. 1956; c. 1962)
Sultanah Zanariah (k. 1961; b. 2010)
Anakanda
Nama diraja
Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi
AyahandaSultan Ismail
BondaSultanah Tun Aminah

Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi [1][2][3][4][5][γ][δ] (Tulisan Jawi: سلطان إسكندر الحاج إبن المرحوم سلطان إسماعيل; 8 April 1932 – 22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989.[ε] Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Sir Ismail Sultan Sir Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-23 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Pemerintahan Sultan Iskandar berlangsung selama hampir 29 tahun sehingga kemangkatannya pada 22 Januari 2010, di mana beliau digantikan oleh anakanda sulungnya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Anakandanya telah berkahwin dengan kerabat diraja Malaysia yang berbeza. Anak sulung Baginda, Tunku Kamariah, Tengku Puan Laksamana, berkahwin dengan Tengku Laksamana dari Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Anak pengganti dan sulungnya, Sultan Ibrahim berkahwin dengan seorang anggota Keluarga Diraja Perak, Raja Zarith Sofiah. Anak perempuannya, Tunku Azizah berkahwin dengan pewaris takhta Pahang, Tengku Abdullah. Anak lelakinya, Tunku Abdul Majid berkahwin dengan seorang anggota Keluarga Diraja Kedah, Tunku Teh Mazni.

Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar,[6] kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong,[7] ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.[8]

Bagaimanapun, ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran,[9][10] dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda,[11] termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang berlaku dari 1970-an hingga 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam.[12][13]

Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmood"[14][15][γ] atau nama penuhnya "Mahmood Iskandar". Sungguhpun, nama "Mahmood" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada tahun 1981,[16][ζ] namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmood Iskandar" sekali-sekala.[17]

  1. ^ Tunku Azizah is one tough princess, KEE HUA CHEE, 19 Mac 2005, The Star
  2. ^ PENYATA RASMI PARLIMEN: DEWAN NEGARA, Parlimen Ketujuh, Jilid III, Bil 2, 28hb Mac, 1989
  3. ^ JOHOR (Sultanate) dicapai 3 Januari 2009
  4. ^ Negara Brunei Darussalam: A Biographical Dictionary (1860–1996), Horton, m/s. 290
  5. ^ Siapa kebal, Mahathir atau raja-raja Melayu?, Yahaya Ismail, m/s. 42
  6. ^ Johore and the Origins of British Control, Nesalamar Nadarajah, m/s. 128
  7. ^ Asian Recorder (1984), m/s. 17808
  8. ^ Constitutional Heads and Political Crises: Commonwealth Episodes, 1945–85 (1988), Low, m/s. 185
  9. ^ Sistem beraja di Malaysia, Tan Chee Khoon, m/s. 5
  10. ^ Malaysian Politics Under Mahathir, Milne, Mauzy, m/s. 32
  11. ^ Behind the Myth: Business, Money and Power in Southeast Asia, Clad, m/s. 57
  12. ^ The Politics of Islam in Contemporary Malaysia (2003), Kamarulnizam Abdullah, m/s. 148
  13. ^ Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition, Kershaw, m/s. 102–3
  14. ^ Facts on File Yearbook, oleh Facts on File, inc., 1957, Phrase: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile ..."
  15. ^ Malaysia, oleh British Association of Malaysia, British Association of Malaysia and Singapore, Phrase: "TUNKU MAHMOOD OF JO-HORE. On 5 August 1960, at the Istana Bukit ..."
  16. ^ Mads lange fra bali, Andresen, m/s. 138
  17. ^ Demolish causeway: Johor Sultan Diarkibkan 2009-03-04 di Wayback Machine, 5 November 2006, Dailyexpress

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search