Sumatera

Sumatera
سوماترا
Topografi Pulau Sumatera
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Koordinat0°00′N, 102°00′E
KepulauanKepulauan Sunda Besar
Puncak tertinggiKerinci
Pentadbiran
Indonesia
Aceh, Bengkulu, Jambi, Kepulauan Bangka Belitung, Kepulauan Riau, Lampung, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Selatan, Sumatera Utara
Penempatan terbesarMedan (pop. 3,418,645 (2009))
Demografi
Populasi59,977,438 juta (2022)
Kumpulan etnikAceh, Batak, Nias, Minangkabau, Melayu, Rawa, Mandailing
Paparan amaran: Page using Template:Infobox islands with unknown parameter "locator_map"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox islands with unknown parameter "area"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox islands with unknown parameter "density"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox islands with unknown parameter "elevation"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox islands with unknown parameter "country_admin_divisions t..."

Sumatera (Indonesia: Sumatra; bahasa Inggeris: Sumatra; tulisan Jawi: سوماترا)[a] ialah sebuah pulau yang terletak di sebelah barat Indonesia, iaitu bahagian paling barat dari Kepulauan Sunda. Ia adalah pulau terbesar yang seluruhnya berada di wilayah Indonesia (pulau yang lebih besar, Borneo, dikongsi bersama antara Indonesia dan negara-negara lain), dan merupakan pulau keenam terbesar di dunia, dengan keluasan 473,480 km2. Penduduk pulau ini sebanyak 59,977,438 juta orang (2022). Bandar terbesar ialah Medan dengan jumlah penduduk 3,418,645 orang.

Peneroka koloni diperkirakan tiba di Sumatera pada 500 SM dan beberapa kerajaan besar berkembang di sana. I-Tsing, seorang sami China Buddha, pernah belajar bahasa Sanskrit dan menghabiskan empat tahun dalam hidupnya di Palembang. Penjelajah Itali Marco Polo juga melawat Sumatera dalam tahun 1292. Sumatera mempunyai spesies tumbuhan dan haiwan dalam julat yang besar, tetapi telah kehilangan 48% hutan hujan tropikanya dalam tempoh 35 tahun terakhir serta banyak spesies telah terancam genting, seperti Harimau Sumatera, Badak Sumatera, dan Orang utan Sumatera.

  1. ^ "Sumatra – dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia Online" [Entri untuk "Sumatra" dalam versi daring dari Kamus Besar Bahasa Indonesia]. kbbi.kemdikbud.go.id (dalam bahasa Indonesia). Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Republik Indonesia.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search