Sun Yat-sen

Sun Yat-sen
孫中山
Presiden Republik China sementara
Dalam jawatan
1 Januari 1912 – 1 April 1912
Naib PresidenLi Yuanhong (1 Januari 1912 - 1 April 1912)
Didahului oleh(none)
Digantikan olehYuan Shikai (Presiden Pertama)
Pemimpin Kuomintang
Dalam jawatan
10 Oktober, 1919 – 12 Mac, 1925
Didahului oleh(none)
Digantikan oleh(none)
Butiran peribadi
LahirNovember 12, 1866
Zhongshan, Guangdong, China
Meninggal duniaMarch 12, 1925 (berusia 58 tahun)
Republik China Beijing, China
KerakyatanChina
Parti politikKuomintang
PasanganLu Muzhen (1885-1915)
Soong Ching-ling (1915-1925)
Alma materKolej Perubatan Cina Hong Kong
PekerjaanPakar perubatan, Ahli politik, Pemimpin revolusi, Pengarang
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui "religion"

Sun Yat-sen (12 November 186612 Mac 1925) ialah seorang pemimpin politik dan revolusi China yang bergelar "bapa China moden". Sun memainkan peranan penting dalam penggulingan Dinasti Qing pada tahun 1911. Beliau merupakan Presiden sementara yang pertama apabila Republik China (ROC) ditubuhkan pada tahun 1912 dan kemudiannya menubuhkan parti Kuomintang (KMT) yang menjadikan beliau sebagai pemimpin parti yang sulung. Sun merupakan tokoh yang menyumbang kepada perpaduan di China selepas zaman beraja, serta kekal unik dalam kalangan ahli politik China abad ke-20 kerana dihormati di Tanah Besar China dan Taiwan yang kini bertelagah.

Meskipun dianggap sebagai salah seorang pemimpin terhebat di China moden, kehidupan politik Sun banyak diselubungi pergelutan yang berterusan dan buangan berkali-kali. Selepas kejayaan revolusi, beliau tiba-tiba hilang kuasa di Republik China yang baru ditubuhkan masa itu, lalu memimpin sebilangan kerajaan revolusi berturut-turut sebagai cabahran kepada hulubalang-hulubalang yang mengawal kebanyakan wilayah negara. Sun meninggal dunia sebelum sempat melihat partinya mencapai pengukuhan kuasa di seluruh negara. Parti beliau yang membentuk perikatan yang renggang dengan parti Komunis, berpecah menjadi dua puak yang berbalah selepas peninggalan beliau. Pusaka utama peninggalan Sun terletak pada perkembangan falsafah politik beliau yang dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat (nasionalisme, demokrasi, dan kebajikan rakyat) yang masih mempengaruhi kerajaan China masa kini.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search