Sungai Ganges

Ganges (Ganga)
Sungai Ganga di Varanasi
Countries India, Nepal, Bangladesh
Major cities Haridwar, Kanpur, Allahabad, Varanasi, Ghazipur, Patna, Kolkata
Length 2,510 km (1,560 mi)
Watershed 907,000 km² (350,195 mi²)
Discharge at kuala
 - average 12,015 /s (424,306 ft³/s)
Source Glasier Gangotri
 - location Uttarakhand, India
 - elevation 7,756 m (25,446 ft)
Mouth Delta Ganga
 - location Teluk Benggala, Bangladesh
 - elevation m (0 ft)
Major tributaries
 - left Mahakhali, Karnali, Koshi, Gandak, Ghaghra
 - right Yamuna, Son, Mahananda

Sungai Gangga[1] (Hindi: गंगा, rumi: Gaṅgā, Jawi: ݢڠݢ; bahasa Inggeris: Ganges) ialah salah sebuah sungai utama di Asia Selatan yang mengalir ke arah timur melalui Dataran Gangga di India Utara hingga ke Bangladesh. Panjang sungai ini 2,525 km (1,569 bt) mengalir dari barat banjaran Himalaya di negeri Uttarakhand di India, lalu mengalir ke arah delta sungai Sundarban di Teluk Benggala. Sumber lain menyatakan panjang sungai ini ialah 2620 km.

Sungai Gangga ini merupakan sungai suci kepada penganut agama Hindu yang memujanya sebagai dewi Gangga, di samping juga kaya dengan kepentingan sejarah: banyak sekali bekas ibu kota wilayah atau diraja (seperti Patliputra, Kannauj, Kara, Allahabad, Murshidabad, dan Calcutta) yang terletak sepanjang tebingnya. Pada awal Zaman Veda hingga Zaman Rigveda, Sungai Indus dan Sungai Saraswati adalah sungai suci yang utama, bukan Sungai Gangga. Tetapi sejak Veda ke-3, Sungai Ganges lebih diutamakan. Dataran Gangga menjadi lokasi pelbagai tamadun dari Empayar Maurya hingga ke Empayar Mughal.

Lembangan sungai Gangga menyalirkan air sebanyak 1,000,000 km persegi untuk menampung salah sebuah kawasan yang paling besar ketumpatan kependudukan manusianya di dunia. Kedalaman purata sungai ini adalah 52 kaki (16 m), dan kedalaman maksimumnya 100 kaki (30 m).

Sungai ini ke-20 panjang di dunia. Sekitar 400 juta penduduk tinggal di kiri kanan tebing sungai dengan kepadatan penduduk 390 / km 2.

Dalam buku Discovery of India (1946), Jawaharlal Nehru menyanjungi kebesaran Sungai Ganges seperti berikut:

Sungai Ganges ialah sungai yang terpenting sekali di India, yang menawan sanubari India dan menarik berjuta-juta orang ke tebingnya semenjak bermulanya sejarah. Kisah Sungai Ganges, dari puncanya hingga ke laut, dari zaman dahulu hingga kini, ialah kisah tamadun dan kebudayaan India, kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar, kisah kota-kota agung dan megah, kisah pengembaraan manusia…

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Gangga". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 325 – melalui TROVE, National Library of Australia.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search