Surah Yaasin

Surah Yaasin (سورة يس) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Al-Jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya - sin. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.[1]

  1. ^ "Al-Qur'an Surat Yasin (Terjemahan Indonesia)". SINDOnews Kalam (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-05-28.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search