Surat Yohanes yang Pertama

Akhir 2 Petrus ( bab 3:16-18 ) dan permulaan 1 Yohanes ( bab 1:1-2 :9 ) dalam lajur yang sama, dalam Codex Alexandrinus bertarikh 400-440 AD.

Surat Yohanes yang Pertama adalah salah satu surat yang terdapat dalam Perjanjian Baru dalam Alkitab Kristian yang merupakan surat yang dihantar dan diedarkan kepada kumpulan lain, di mana tulisan tersebut merupakan wacana untuk membina iman yang benar. [1] Sebenarnya 1 Yohanes bukanlah surat, kerana nama pengarang, nama penerima dan ciri-ciri biasa surat pada zaman dahulu tidak wujud. [1] Ini boleh dilihat dalam 1 Yohanes 2:1, di mana para pembaca segera dialamatkan dengan "anak-anak" dan "orang yang dikasihi". [1]

  1. ^ a b c C. Groenen. 1984. "Pengantar ke Dalam Perjanjian Baru". Yogyakarta: Kanisius. Halaman 369.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search