Syahadah

Syahadah
Syahadah

Syahādah (Arab: الشهادة), adalah PENYAKSIAN dalam keEsaan ILAH (Allah) dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah(Penyaksian) merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agama Islam. Tapi belum MUKMIN. Sehingga Laa ilaha illAllah ternanam dan hidup di dalam HATI. Mengucapkan & mengamalkan Kalimah Syahadah(Penyaksian) merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak mengucapkannya merupakan kemungkaran paling besar disisi Allah (kerana akan berlaku SYIRIK terhadap ALLAH). Segala dosa akan diampunkan oleh Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai ILAH untuk dikenali, dipelajari, ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w

  • Teks bahasa Arab:
    • لا إله إلا الله محمد رسول الله
  • Transliterasi:
    • LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. [1]
  • Terjemahan ke bahasa Melayu
    • Tiada ILAH Selain Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

Pengucapan Syahādah(Penyaksian) perlu dilakukan dengan jelas, selain pengucap perlu mengucapnya dengan ILMU, AMAL, JUJUR dan IKHLAS dalam bahasa Arab, pengucapan(persaksian) perlu dilakukan di hadapan dua orang saksi Muslim.

Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search