Syed Husin Ali

Dr.

Syed Husin Ali

PhD
Kelahiran23 September 1936
Meninggal dunia29 Jun 2024(2024-06-29) (umur 87)
Hospital Selayang, Gombak, Selangor, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (BA & MA)
The London School of Economics and Political Science (LSE) (PhD)
PekerjaanAhli politik
PejabatTimbalan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN
Parti politik (PKR)(2003–2024)
(PRM) (1974–2003)


Dr. Syed Husin Ali (23 September 1936 – 29 Jun 2024) ialah ahli akademik dan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, mantan Senator (ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Negeri Selangor selama dua penggal (2009-2015), mantan Presiden Parti Rakyat Malaysia (1990-2003) dan juga mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (2003-2010).

Syed Husin pernah ditahan tanpa bicara  di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) selama hampir enam tahun (1974-800. [1]

Beliau telah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR sehingga akhir hayatnya.

  1. ^ Vengadesan, Martin (2021-09-23). "Syed Husin remembers #1: Merdeka-era leaders lost to the nation". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-06-29.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search