Takwim Gregorius

Takwim Gregorius (bahasa Inggeris: Gregorian calendar) merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir seluruh dunia. Takwim ini diasaskan daripada takwim Julius yang telah mengalami sedikit perolahan. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Paus Gregorius XIII pada 24 Februari 1582.

Kalendar ini dicipta kerana takwim Julius dinilai sebagai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi.

Lalu pada tahun 1582, hari Sabtu 4 Oktober diikuti dengan hari Ahad 15 Oktober.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search