Takwim Julius

Takwim Julius (bahasa Inggeris: Julian calendar) diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan dikuatkuasakan pada tahun 45 SM (709 ab urbe condita). Ia dipilih selepas perundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah dan mungkin direka bentuk lebih kurang menyamai tahun tropika yang telah diketahui sekurang-kurang sejak zaman Hipparchus lagi. Tahun Julius terdiri daripada 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambahkan pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julius mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.

Notasi "Gaya Lama" (OS) kadang-kadang digunakan untuk menunjukkan tarikh dalam takwim Julius yang bertentangan dengan "Gaya Baru" (NS) yang menunjukkan tarikh dalam takwim Gregorius. Notasi ini digunakan apabila tertimbulnya kekeliruan tentang tarikh yang didapati dalam sesebuah teks.

Walaupun takwim Julius masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih digunakan oleh banyak gereja Ortodoks negara, secara amnya ia telah digantikan oleh takwim Gregorius moden bagi kegunaan awam. Gereja Ortodoks yang tidak lagi menggunakan takwim Julian menggunakan takwim Julius semakan dan bukannya takwim Gregorius.

Pembaharuan diperlukan kerana terdapat terlalu banyak hari lompat dalam skema Julius yang disebabkan oleh musim-musim astronomi. Pada puratanya, soltis dan ekuinoks astronomi adalah lebih cepat daripada tahun Julian sebanyak lebih kurang 11 minit setahun dan mengakibatkan takwim Julian memperoleh satu hari tambahan setiap 134 tahun. Sedangkan Hipparchus dan barangkali juga Sosigenes sedar akan percanggahan ini walaupun bukan nilainya yang tetap, mereka jelas berasa bahawa ini tidak beberapa penting. Bagaimanapun, percanggahan tersebut berkumpul dengan berlalunya masa dan akhirnya menyebabkan pembaharuan pada tahun 1582 yang menggantikan takwim Julius dengan takwim Gregorius yang lebih tepat.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search