Talmud

Talmud (Ibrani: תַּלְמוּד) ialah rekod dari perbincangan rabbinik berhubung hukum, etika, adat dan sejarah penganut agama Yahudi.

Talmud juga dipanggil Torah Shebe'al Peh yang bermaksud Taurat Lisan atau Undang-Undang Lisan. Ia merupakan tafsiran serta komentar dan syarahan mengenai Taurat dari para rabai dan cendekiawan. Talmud terdiri daripada dua bahagian iaitu Masnah dan Gemarah. Kandungan Talmud pula terdiri daripada ayat-ayat yang berunsurkan Halakhah (syariah Yahudi), dan Aggadah (legenda dan sejarah Yahudi).

Seluruh Talmud juga secara tradisinya dirujuk sebagai Shas ש"ס sebuah ringkasan Ibrani dari Shisha Sedarim, (Enam Bahagian dari Mishnah).

Talmud adalah kitab yang berbeza dengan Taurat sebenar. Disebabkan Yahudi adalah bangsa yang sering ditindas pada zaman Firaun, maka mereka hasilkan kitab talmud yang mengikut idealogi mereka sendiri yang mana kandungannya lebih memenangkan bangsa mereka. Itu hanyalah khayalan mereka disebabkan ditindas terlalu lama


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search