Tamadun Islam

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang amat berbeza dengan tamadun-tamadun dunia lain. Tamadun Islam juga mempunyai ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd ataBakar, Osman (2013). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Universiti Malaya: Penerbit Universiti Malaya. m/s. 1–137. ISBN 9789831004654.u

Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia.Tamadun Islam mempunyai sumber- sumbernya yang tersendiri dan sangat berbeza dengan sumber-sumber dalam tamadun lain.Sumber tamadun Islam bersifat mutlak iaitu tidak berubah,sesuai sepanjang masa dan keadaan dari semasa ke semasa.Malahan pembangunan ilmu dalam dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.Dari sudut istilah Islam juga membawa maksud taat kepada Allah S.W.T yang Esa. [Cite book 1]

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai genre ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan wilayah lain-lain di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melawati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Pencarian Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "Cite book", tetapi tiada tag <references group="Cite book"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search