Tanah runtuh Batang Kali 2022

Tanah Runtuh Batang Kali 2022
Tarikh16 Disember 2022 (2022-12-16)
Masa2:00 pagi (UTC+8 WPM)
Lokasi​Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands B66, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor
Koordinat3°25′12″N 101°45′28″E / 3.4200°N 101.7579°E / 3.4200; 101.7579
Juga dikenali sebagaiTragedi Batang Kali
PenyebabTanah runtuh
Penyertaan92
Kematian31 (20 dewasa, 11 kanak-kanak)
Kecederaan7
Hilang0

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor (berdekatan Gohtong Jaya, Genting Highlands, Hulu Selangor) pada awal pagi 16 Disember 2022, mengalihkan kira-kira 450,000 meter padu tanah dan menimbus tapak perkhemahan di ladang organik tesebut. 92 orang terperangkap di bawah cerun runtuh; kebanyakannya berkhemah di ladang organik yang terjejas. Di antara mereka, 31 orang terkorban,[1] dan 54 orang diselamatkan, dengan 7 orang memerlukan kemasukkan ke hospital.[2]

Bencana itu telah menyebabkan penangguhan semua aktiviti rekreasi luar di Batang Kali, dan penutupan sementara semua tempat perkelahan dan perkhemahan di seluruh Selangor. Ia telah disifatkan sebagai tanah runtuh terburuk di Malaysia pada 2022.[3]

  1. ^ Dhesegaan Bala Krishnan; Qistina Sallehuddin (17 Disember 2022). "24th victim of Batang Kali landslide – Remains of girl recovered". New Straits Times. Dicapai pada 17 Disember 2022.
  2. ^ Latiff, Rozanna; Ngui, Yantoultra (16 December 2022). "Malaysia landslide kills 12 at the campsite, more than 20 missing". Reuters. Dicapai pada 16 December 2022.
  3. ^ "Campsite tragedy is worst of 23 landslides this year". Free Malaysia Today. 17 Disember 2022. Dicapai pada 17 Disember 2022.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search