Tarpan

Tarpan
Satu-satunya foto yang dikatakan mengenai Tarpan hidup, tetapi mungkin kuda kacukan atau jalang, 1884
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Subgenus:
Equus
Spesies:
Subspesies:
E. f. ferus
Nama trinomial
Equus ferus ferus
Boddaert, 1785
Sinonim

Equus equiferus Pallas, 1811
Equus gmelini Antonius, 1912
Equus sylvestris Brincken, 1826
Equus silvaticus Vetulani, 1928
Equus tarpan Pidoplichko, 1951

Tarpan (Equus ferus ferus) ataupun dikenali sebagai kuda liar Eurasia ialah satu subspesies kuda liar yang pupus.[1] Individu terakhir yang dipercayai tergolong dalam subspesies ini mati di dalam kurungan di Rusia pada tahun 1909, meskipun sesetengah pihak mendakwa bahawa ianya bukan kuda liar yang tulen gara-gara menyerupai kuda jinak.[2]

Mulai 1930-an, terdapat beberapa cubaan untuk membangunkan kuda yang menyerupai Tarpan menerusi pembiakbakaan berpilih, iaitu yang dipanggil "pembiakbakaan kembali" oleh para pendukungnya. Antara baka-baka yang terhasil ialah kuda Heck, Hegardt atau kuda Stroebel, dan suatu turunan dari baka Konik; kesemuanya memiliki rupa primitif, terutamanya dengan warna bulu grullo. Sesetengah kuda ini kini dipasarkan sebagai "Tarpan." Walaupun begitu, sesiapa yang mengkaji sejarah kuda liar purba ini menegaskan bahawa gelaran "Tarpan" hanya untuk subspesies kuda liar yang sebenar.

  1. ^ Templat:MSW3 Perissodactyla
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Bunzel

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search