Teks Keranda

Keranda batu dari Kerajaan Pertengahan Mesir dengan Teks Keranda dilukis pada panel kayu

Teks Keranda (Jawi: تيك س كرندا), ialah himpunan mantera pengebumian Mesir purba yang diukir atau tulis pada keranda yang berasal daripada awal Zaman Pertengahan Pertama Mesir. Sebahagian daripada teks ini diambil daripada Teks Piramid, yang digunakan untuk kerabat diraja sahaja, tetapi ditambah unsur-unsur baharu berkenaan hasrat dan kemahuan biasa, menunjukkan bahawa ia digunakan oleh rakyat biasa. Orang Mesir biasa yang mampu membeli sebuah keranda akan dapat kebenaran untuk menggunakan mantera pengebumian ini, dan bukan firaun seorang sahaja lagi dapat hidup abadi di alam akhirat.[1][2]

Seperti nama teks keranda nyatakan, ia ditulis pada keranda dari zaman Kerajaan Pertengahan dengan kira-kira 1,185 mantera. Ia juga kadangkala ditulis pada dinding makam, stele, takar kanopi, papirus dan topeng mumia. Oleh kerana ruang untuk menulis amat terhad, mantera sering dipendekkan, sekali gus menghasilkan versi panjang dan versi pendek yang kemudiannya diserap ke dalam Kitab Orang Mati.[2]

  1. ^ Lichtheim, Miriam (1975). Ancient Egyptian Literature, vol 1. London, England: University of California Press. ISBN 0-520-02899-6.
  2. ^ a b Goelet, Dr. Ogden; dll. (1994). The Egyptian Book of the Dead: The Book of Going Forth by Day. San Francisco: Chronicle Books.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search