Pervez Musharraf(gambar) berjaya dipilih semula sebagai Presiden Pakistan oleh pihak Parlimen. Namun perlantikannya ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tertinggi terhadap kesahihan pilihan itu di sisi undang-undang.
Gempa bumi di Sulawesi berukuran 7.5 pada skala Richter yang diiringi beberapa gempa bumi kecil menggemparkan negara pasifik yang masing-masing mengeluarkan amaran tsunami.
Nepal memperkenalkan lambang negara yang baru sebagai tanda perdamaian sejurus berakhirnya Perang Saudara Nepal.
Habsyah mengesahkan bahawa unit-unit udara dan darat telah memasuki Somalia dan menyerang tentera-tentera Kesatuan Mahkamah Islam dalam menyokong kerajaan yang berpusat di Baidoa.