Di Miryang, Korea Selatan, sebuah hospital musnah dalam satu kebakaran dan membunuh sekurang-kurangnya 37 orang dan mencederakan lebih daripada 130 orang lain.
Taufan Gita membadai Tonga, menjadi ribut paling kuat yang melanda negara tersebut lebih daripada 60 tahun yang lalu, menyebabkan kerosakan harta benda yang meluas.
Serzh Sargsyan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Armenia atas desakan rakyat marhaen. Beliau yang sebelum itu merupakan Presiden Armenia yang tamat penggal pentadbirannya pada 9 April 2018 kemudian dipilih semula sebagai Perdana Menteri Armenia sejak 17 April 2018.
Dalam satu pungutan suara, New Caledonia mengundi untuk tidak merdeka daripada Perancis.
Disember
Seramai 11 maut termasuk lima tebusan dalam rompakan bank di bandar Milagres, Rio de Janeiro, Brazil.
Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran diteruskan di Jepun bagi mencari lima askar marin Amerika Syarikat (AS) selepas dua pesawat negara ini bersama tujuh orang krew berlanggar dan terhempas di perairan Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Ritcher menggegarkan Anchorage, Alaska, mengakibatkan ratusan ribu penduduk melarikan diri ke jalan raya dan merosakkan bangunan di bandar terbesar Alaska itu.
Dua pemimpin pemisah Catalonia, Jordi Sanchez dan Jordi Turull yang kini ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan mereka selesai melancarkan mogok lapar sebagai tunjuk perasaan terhadap layanan yang diberikan oleh mahkamah Sepanyol.
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala richter berlaku di Kepulauan Tanimbar, Indonesia.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H. W. Bush meninggal dunia pada usia 94 tahun.
Bencana tsunami melanda Selat Sunda menyebabkan sekurang-kurangnya 437 orang terkorban bersama-sama 14,059 yang lain tercedera.