Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut

Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut
TNI-AL

Lambang Tentera Laut Indonesia


Bendera Tentera Laut Indonesia
Ditubuhkan pada10 September 1945
Negara Indonesia
JenisTentera laut
Saiz74,000[1] (2011)
Sebahagian daripadaTentara Nasional Indonesia
MotoJalesveva Jayamahe
(bahasa Sanskrit, lit: "Justru di Laut Kita Jaya")
Kapal perang dan perlengkapannya150[2] (2012)
PertempuranPertempuran Laut Aru
Laman webhttp://www.tnial.mil.id/
Komander
Kepala StafLaksamana Muhammad Ali
Wakil Kepala StafLaksamana Madya Ahmadi Heri Purwono
Tanda kebesaran
Bendera Kapal
Roundel & Fin Flash

Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut (disingkatkan kepada TNI-AL, dalam Bahasa Inggeris "Indonesian National Military-Naval Force") adalah cabang laut bagi Tentara Nasional Indonesia. Ia ditubuhkan pada 10 September 1945 dan mempunyai tanggungjawab meronda kawasan pesisiran Indonesia yang panjang, untuk menguatkuasa dan membuat rondaan perairan wilayah dan zon ekonomi eksklusif (EEZ) Indonesia, untuk melindungi kepentingan strategik maritim Indonesia, untuk melindungi pulau-pulau seluruh Indonesia, dan mempertahankannya dari ancaman serangan laut. Ia mempunyai sekitar 126 buah kapal perang pelbagai kelas dan jenis, menjadikan angkatan ini sebagai salah satu angkatan tentera laut yang terbesar dari segi keanggotaan dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.

Angkatan Laut ini dipimpin oleh seorang Kepala Staf (disingkatkan kepada Kasal). Angkatan ini turut diperkuatkan dengan tiga armada utama yang dikenali sebagai "Armada" iaitu Komando Armada I (Markas 1 Armada) bertempat di Jakarta, Komando Armada II (Markas 2 Armada) bertempat di Surabaya, Komando Armada III (Markas 3 Armada) bertempat di Sorong, dan sebuah Markas Angkutan Laut Tentera (Komando Lintas Laut Militer). Angkatan Laut juga memimpin Korps Marinir Indonesia.

Semua kapal dalam armada TNI-AL membawa imbuhan awalan KRI yang bermaksud Kapal Republik Indonesia (Republic of Indonesia Ship).

  1. ^ "TNI AD Takkan Tambah Personel Tahun Ini". Investor Daily Indonesia. 25 Januari 2012. Dicapai pada 3 Januari 2014.
  2. ^ "Military Strength of Indonesia". GlobalFirepower.com. Dicapai pada 3 Januari 2014.
  3. ^ Rivki (31 Desember 2014). "Jokowi Lantik Laksamana Madya Ade Supandi Menjadi KSAL". Detik.com. Dicapai pada 2 Januari 2015. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search