Tentera Darat Ke-18 (Wehrmacht)

Tentera Darat Ke-18 (18. Armee)
Georg Lindemann melawat kubu parit Leningrad
Aktif4 November 1939 – 8 Mei 1945
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II

Tentera Darat Ke-18 (Jerman: 18. Armee) adalah sebuah tentera darat medan Wehrmacht Jerman semasa Perang Dunia II.

Ditubuhkan pada November 1939 di Wilayah Tentera (Wehrkreis) VI, Tentera Darat Ke-18 adalah sebahagian daripada pasukan serangan ke Belanda (Pertempuran Belanda) dan Belgium (Pertempuran Belgium) semasa Fall Gelb dan kemudiannya bergerak ke Perancis pada 1940. Selepas itu Tentera Darat Ke-18 dipindahkan ke Timur dan terlibat dalam Operasi Barbarossa pada tahun 1941.

Ketumbukan itu adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Utara sehingga awal tahun 1945, apabila ia ditukarkan ke Kumpulan Tentera Darat Courland. Pada Oktober 1944, ketumbukan itu dikepung oleh serangan Tentera Merah dan menghabiskan masa peperangan didalam Kepungan Courland.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search