Tentera Laut Diraja British

Tentera Laut Diraja
Royal Navy
Bendera Tentera Laut Diraja
Ditubuhkan padaAwal kurun ke-16 (5 kurun yang lalu)
Negara United Kingdom[nb 1]
KesetiaanRaja Charles III
CawanganTentera laut
JenisAngkatan laut lepas
Saiz98 buah kapal termasuk RFA
66 buah kapal Marin Diraja
149 pesawat FAA
Sebahagian daripadaPerkhidmatan Laut, Angkatan Tentera British
Pejabat Staf LautBangunan Utama Kementerian Pertahanan
Whitehall, London, United Kingdom
Nama samaranPerkhidmatan Kanan
Moto"Si vis pacem, para bellum"
"Jika anda inginkan keamanan, bersedialah untuk berperang"
ColoursRed and White
Kawat"Heart of Oak"
Laman webwww.royalnavy.mod.uk
Komander
Lord High AdmiralPutera Philip, Duke Edinburgh
First Sea LordLaksamana Sir George Zambellas KCB DSC
Panglima ArmadaLaksamana Madya Philip Jones CB
Second Sea LordLaksamana Madya David Steel CBE
Komander
terkenal
Laksamana Madya Viscount Horatio Nelson, Laksamana Armada Viscount Andrew Cunningham, Laksamana Armada Earl Louis Mountbatten
Tanda kebesaran
Panji Putih[nb 2]
Bendera Tentera Laut[nb 3]
Pesawat terbang
PenyerangLynx
PerondaMerlin, Lynx, Sea King ASaC.7
PelatihTutor, Hawk[perlu rujukan]
PengangkutSea King

Tentera Laut Diraja (TLD) atau Royal Navy (RN) merupakan cabang perkhidmatan peperangan laut yang utama dalam Angkatan Tentera British (dan disebabkan ini merupakan satu cabang Perkhidmatan Kanan). Dari awal abad ke-18 sehinggalah ke pertengahan abad ke-20, TLD merupakan salah satu tentera laut terbesar dan terkuat di dunia, ia memainkan peranan penting dalam pembentukan Empayar British sebagai satu kuasa dominan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sewaktu Perang Dingin berlangsung, TLD ditukarkan menjadi satu tentera laut khas untuk peperangan anti-kapal selam, dan merupakan tentera laut paling aktif di Lautan Atlantik Utara. Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet, peranan TLD pada abad ke-21 kembali kepada angkatan tentera laut khas untuk ekpedisi ketenteraan sejagat dan operasi laut lepas.

TLD merupakan pasukan tentera laut kedua terbesar dalam NATO dari segi tanan armadanya [1]. Keupayaan unjuran kuasa sejagatnya cuma kalah dengan Tentera Laut Amerika Syarikat [2]. Buat masa ini, terdapat 91 kapal berada dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja, termasuklah kapal induk, kapal selam, kapal penyapu ranjau dan kapal rondaan. Seterusnya terdapat pula kapal-kapal dalam Armada Auxillary.

Tentera Laut Diraja ini turut merupakan sebuah komponen berkumpulan dalam Perkhidmatan Laut, yang mana turut mengandungi Kor Marin Diraja British, Armada Auxiliary Diraja dan pasukan simpanan berada di bawah pimpimnan TLD. Pada November 2006 Perkhidmatan Laut mempunyai 38,710 ribu orang anggota tetap.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "Chapter II: REGIONAL OVERVIEW AND CONTRIBUTIONS OF KEY ALLIES: Contributions of Selected NATO Allies". Allied Contributions to the Common Defense: A Report to the United States Congress by the Secretary of Defense. United States Department of Defense. Mac 2001. Dicapai pada 2006-10-14.
  2. ^ "Sea Vision UK". Why is the maritime sector so important?. Sea Vision UK. 2006. Dicapai pada 2006-11-16.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search