Tentera Pembebasan Rakyat China | |||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 中国人民解放军 | ||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 中國人民解放軍 | ||||||||||||||||||
Maksud harfiah | "Tentera Pembebasan Rakyat China" | ||||||||||||||||||
|
Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) adalah angkatan tentera Republik Rakyat China (RRC) dan parti politik memerintah, iaitu Parti Komunis China (CPC).[7] PLA terdiri daripada lima cabang perkhidmatan profesional: iaitu Angkatan Darat, Angkatan Laut, Angkatan Udara, Angkatan Roket, dan Angkatan Bantuan Strategik. Unit-unit di seluruh negara telah ditempatkan di salah satu dari lima pemerintahan kancah mengikut kawasan bergeografi. PLA ialah angkatan tentera terbesar dunia dan merupakan bajet pertahanan kedua terbesar di dunia. China adalah salah sebuah kuasa tentera yang paling cepat dimodenkan di dunia dan telah dinamakan sebagai kuasa besar tentera yang berpotensi, dengan pertahanan serantau berpengaruh dan keupayaan meluncurkan kuasa global yang semakin meningkat.[8][9][10][1][11][12][13][14] Menurut Credit Suisse, PLA adalah angkatan tentera ketiga yang paling kuat di dunia.[15]
PLA berada dibawah pemerintahan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) Parti Komunis China. Ia diwajibkan mengikut prinsip kawalan awam keatas tentera, walaupun dari segi praktikal prinsip ini telah dilaksanakan sedemikian rupa untuk memastikan PLA berada dibawah kawalan mutlak Parti Komunis. Pemerintah Tertingginya ialah Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (biasanya Setiausaha Agung Parti Komunis China). Sejak tahun 1949, China telah menggunakan sembilan strategi ketenteraan yang berlainan, yang mana PLA menggelarkannya "garis panduan strategik". Yang paling penting muncul pada tahun 1956, 1980, dan 1993.[16] Pada masa darurat, Polis Bersenjata Rakyat dan pasukan militia PLA bertindak sebagai elemen simpanan dan bantuan bagi PLAGF.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search