National anthem Amerika Syarikat | |
Lirik | Francis Scott Key, 1814 |
---|---|
Muzik | John Stafford Smith, s. 1773 |
Diguna pakai | 03 Mac 1931[1] |
Sampel audio | |
"The Star-Spangled Banner" (instrumental, one stanza) |
The Star-Spangled Banner ("Panji Berhias Bintang") ialah lagu kebangsaan Amerika Syarikat. Liriknya diambil daripada sebuah sajak bertajuk "Defence of Fort M'Henry"[2] nukilan Francis Scott Key (1779-1843), seorang peguam dan penulis, yang memperingati pengeboman Kubu McHenry di pelabuhan Baltimore oleh Tentera Laut Diraja British semasa Perang 1812 meletus antara pihak kerajaan Britain dengan jajahan-jajahannya di Amerika Utara yang mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Baris-baris sajak tersebut dinyanyikan mengikut melodi "To Anacreon in Heaven", sebuah lagu yang ditulis sekitar tahun 1773 untuk sebuah kelab sosial di Britain iaitu The Anacreon Society.
Lagu tersebut dipilih untuk kegunaan rasmi Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1889. Ia akhirnya menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat di bawah sebuah usul undang-undang yang dipersetujui Senat pada 3 Mac 1931 [3] dan ditandatangani Presiden Herbert Hoover pada hari berikutnya.[4]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama adopted
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search