Thomas Edison

Thomas Alva Edison

"Genius ialah 1% ilham, 99% keringat." - Thomas Alva Edison, Bulanan Harper (September 1931)
Lahir: 11 Februari 1847
Amerika Syarikat Milan, Ohio
Meninggal dunia:18 Oktober 1931 (umur 84)
Amerika Syarikat Orange Barat, New Jersey
Pekerjaan: Pereka, usahawan
Pasangan:Mary Edison, Mina Edison
Tempat lahir Edison
Thomas Edison ketika masih kanak-kanak.
(Inggeris) A Day with Thomas Edison (1922)

Thomas Alva Edison (11 Februari 184718 Oktober 1931) ialah seorang pereka dan usahawan Amerika Syarikat yang mengembangkan banyak peranti yang amat mempengaruhi kehidupan di seluruh dunia. Digelar "Yang Pintar dari Taman Menlo" oleh seorang wartawan, beliau adalah salah satu pereka terawal yang menggunakan pengeluaran besar-besaran untuk proses perekaan dan oleh itu, sering dihargai kerana mencipta makmal penyelidikan perindustrian yang pertama.[1]

Edison telah dianggap sebagai salah satu pereka yang paling prolifik dalam sejarah, dan memiliki 1,093 buah paten Amerika Syarikat atas namanya, serta juga banyak paten di United Kingdom, Perancis, dan Jerman.

  1. ^ "Walsh, Bryan. "The Electrifying Edison." Web: Time 5 Jul 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-26. Dicapai pada 2011-01-06.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search