Tianlong

Dewa-dewi menunggang naga[1]

Tianlong (Cina ringkas: 天龙Cina tradisional: 天龍pinyin: tiānlóngWade-Giles: t'ien lung; secara harfiahnya ""naga syurga"") ialah seekor naga yang terbang dalam mitos Cina, sebutir bintang dalam astrologi Cina, dan juga satu kata nama khas yang dipakai oleh manusia mahupun tempat.

Menurut naskhah-naskhah klasik Cina, tian "syurga" dan long "naga" mula-mula disebut sekaligus dalam catatan Dinasti Zhou (1122 SM-256 SM), tetapi ungkapan tianlong hanya tercatat sewaktu Dinasti Han (207 SM-220 M).

Kitab Yijing ("Kitab Perubahan") memberikan contoh penggunaan tian dan long bersama-sama. Qian [乾] Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: zh-t (help) "Pencipta", iaitu heksagram yang pertama, menyatakan, "Sembilan lima: Naga terbang di angkasa; boleh berjumpa orang besar."[2]

Sebutan terawal ungkapan tianlong menurut kamus Hanyu Da Cidian, terdapat dalam naskhah Xinxu ([新序] Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: zh-t (help) "Prakata Baru") oleh Liu Xiang (79-8 SM). Kisahnya tentang seorang lelaki bernama Ye Zigao yang mengaku dirinya pencinta naga. Setelah banyak mengukir dan melukis gambar-gambar naga di merata rumahnya, datangnya seekor naga syurga yang melawat, tetapi Ye ditakutkan lalu melarikan diri.[3]

  1. ^ Werner, E. T. C. (1922). Myths & Legends of China. New York: George G. Harrap & Co. Ltd. Dicapai pada 2007-03-14. (Project Gutenberg eText 15250)
  2. ^ 周易: 乾 九五, Wikisource.
  3. ^ Yuan 2006:213

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search