Titanium

22 skandiumtitaniumvanadium
-

Ti

Zr
Umum
Nama, Simbol, Nombor titanium, Ti, 22
Siri kimia logam peralihan
Kumpulan, Kala, Blok 4, 4, d
Rupa logam keperakan
Jisim atom 47.867(1) g/mol
Konfigurasi elektron [Ar] 3d2 4s2
Bilangan elektron per petala 2, 8, 10, 2
Sifat fizikal
Keadaan pepejal
Ketumpatan (sekitar suhu bilik) 4.506 g/cm³
Ketumpatan cecair pada takat lebur 4.11 g/cm³
Takat lebur 1941 K
(1668 °C, 3034 °F)
Takat didih 3560 K

(3287 °C, 5949 °F)

Haba pelakuran 14.15 kJ/mol
Haba pengewapan 425 kJ/mol
Muatan haba (25 °C) 25.060 J/(mol·K)
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 1982 2171 (2403) 2692 3064 3558
Sifat atom
Struktur hablur heksagonal
Keadaan pengoksidaan 2, 3, 4
(oksida amfoterik)
Keelektronegatifan 1.54 (skala Pauling)
Tenaga pengionan pertama: 658.8 kJ/mol
kedua: 1309.8 kJ/mol
ketiga: 2652.5 kJ/mol
Jejari atom 140 pm
Jejari atom (kiraan) 176 pm
Jejari kovalen 136 pm
Lain-lain
Sifat kemagnetan ???
Rintangan elektrik (20 °C) 0.420 µΩ·m
Keberkonduktan haba (300 K) 21.9 W/(m·K)
Pengembangan terma (25 °C) 8.6 µm/(m·K)
Kelajuan bunyi (rod halus) (suhu bilik) 5090 m/s
Modulus Young 116 GPa
Modulus ricih 44 GPa
Modulus pukal 110 GPa
Nisbah Poisson 0.32
Skala kekerasan Mohs 6.0
Kekerasan Vickers 970 MPa
Kekerasan Brinell 716 MPa
Nombor CAS 7440-32-6
Isotop
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
44Ti syn 63 y ε - 44Sc
γ 0.07D, 0.08D -
46Ti 8.0% Ti stabil dengan 24 neutron
47Ti 7.3% Ti stabil dengan 25 neutron
48Ti 73.8% Ti stabil dengan 26 neutron
49Ti 5.5% Ti stabil dengan 27 neutron
50Ti 5.4% Ti stabil dengan 28 neutron
Rujukan

Titanium (Jawi: تيتانيوم) ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Ti dan nombor atom 22. Ia sejenis logam peralihan berwarna putih keperakan yang ringan, kuat, berkilau, dan tahan kakisan (termasuklah ketahanan terhadap air laut dan klorin). Titanium digunakan dalam aloi ringan dan kuat (terutamanya bersama besi dan aluminium) manakala sebatiannya yang paling lazim, titanium dioksida, digunakan dalam pewarna putih. Contoh-contoh pewarna putih yang mengandungi titanium oksida ialah cecair pemadam dan cat-cat putih yang biasa digunakan untuk mengecat kembali dinding. Ia juga digunakan dalam ubat gigi, cat putih penanda jalan, dan dalam bunga api putih. Bahan-bahan yang mengandungi titanium dipanggil titaniferus.

Unsur ini wujud dalam pelbagai jenis mineral dan sumber utamanya ialah rutil dan ilmenit, yang teragih secara meluas atas permukaan Bumi. Terdapat dua bentuk alotrop dan lima isotop yang wujud secara semula jadi bagi unsur ini; 46Ti sehingga ke 50Ti dengan 48Ti adalah yang paling berlimpah (73.8%). Salah satu ciri utama titanium adalah ia sekuat keluli walaupun dengan hanya 60% ketumpatannya. Sifat-sifat titanium adalah secara kimia dan fizikalnya serupa dengan zirkonium.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search