Tokyo

Tokyo
東京
東京都 · Metropolis Tokyo
ميتروڤوليس توکيو
From top left: Shinjuku, Menara Tokyo, Jambatan Pelangi, Shibuya, Bangunan Diet Kebangsaan
Kedudukan Tokyo di Jepun
Kedudukan Tokyo di Jepun
Negara Jepun
KawasanKantō
PulauHonshū
Pembahagian23 wad khas, 26 bandaraya, 1 daerah, & 4 subwilayah
Pentadbiran
 • JenisMetropolis
 • GabenorYuriko Koike
 • Ibu wilayahShinjuku 
Keluasan
(ked. ke-45)
 • Jumlah2,187.08 km2 (844.44 batu persegi)
Aras
40 m (130 ft)
Penduduk
 (#1)[1]
 • Jumlah13,839,910
 • Kepadatan6,224.66/km2 (16,121.8/batu persegi)
 • 23 wad
8,653,000
 (September 2018)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
ISO 3166-2
JP-13
BungaBunga ceri Somei-Yoshino
PokokGinkgo (Ginkgo biloba)
BirdBurung Camar Berkepala Hitam (Larus ridibundus)
Laman sesawangmetro.tokyo.jp(Inggeris)
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longs"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "lats"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"

Tokyo (東京, Tōkyō, "Ibu Kota Timur"), secara rasminya Metropolis Tokyo (東京都, Tōkyō-to),[2] ialah salah satu daripada 47 wilayah di Jepun, yang terletak di bahagian timur pulau utama Honshū, dan merangkumi Kepulauan Izu dan Kepulauan Ogasawara. Metropolis Tokyo terbentuk pada tahun 1943 hasil penggabungan bekas Wilayah Tokyo (Tokyo-fu) dan bandaraya Tokyo. Kerajaan Metropolitan Tokyo mentadbir kesemua 23 wad khas di Tokyo, setiap satunya ditadbira sebagai bandaraya yang meliputi kawasan bekas bandaraya Tokyo dan juga 39 kawasan perbandaran di bahagian barat wilayah dan dua kepulauan luar. Walaupun bukan bandaraya dari segi alasan-alasan teknik, Tokyo dianggap sebagai ibu negara dan bandaraya terbesar di Jepun.

Jumlah penduduk kesemua wad khas adalah lebih 8 juta orang, manakala jumlah keseluruhan penduduk wilayah Tokyo mencecah 12 juta. Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya, iaitu kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia dengan sejumlah 35–39 juta orang serta ekonomi metropolitan terbesar di dunia dengan KDNK bernilai US$1.479 trilion mengikut pariti kuasa beli pada tahun 2008.[3]

Tokyo disifatkan oleh Saskia Sassen sebagai satu daripada tiga "pusat pemerintahan" ekonomi dunia, di samping Bandaraya New York dan London.[4] Bandaraya ini dianggap sebagai sebuah bandaraya sedunia alpha+, disenaraikan oleh inventori GaWC 2008[5] serta menduduki kedudukan keempat di kalangan bandaraya global oleh Indeks Bandaraya Global Foreign Policy pada tahun 2008.

Tokyo merupakan pusat kerajaan Jepun dan Istana Diraja, dan juga tempat bersemayam Wangsa Diraja Jepun.

  1. ^ 東京都の人口(推計)– Population of Tokyo (estimate). Tokyo Metropolitan Government Bureau of Statistics Department. Diarkibkan daripada yang asal pada October 2, 2018. Dicapai pada October 22, 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Geography of Tokyo". Tokyo Metropolitan Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-08. Dicapai pada 2008-10-18.
  3. ^ "Global city GDP rankings 2008-2025". Pricewaterhouse Coopers. Dicapai pada 27 November 2009.
  4. ^ Sassen, Saskia (2001). The Global City: New York, London, Tokyo (ed. 2nd). Princeton University Press. ISBN 0691070636.
  5. ^ GaWC - The World According to GaWC 2008

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search