Tomoyuki Yamashita

Bentuk asal nama individu ini adalah Yamashita Tomoyuki. Rencana ini menggunakan susunan nama Barat.
Tomoyuki Yamashita
山下 奉文
Gabenor Tentera Jepun di Filipina
Dalam jawatan
26 September 1944 – 2 September 1945
RajaMaharaja Shōwa
Didahului olehShigenori Kuroda
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Butiran peribadi
Lahir(1885-11-08)8 November 1885
Ōtoyo, Kōchi, Empayar Jepun
Meninggal dunia23 Februari 1946(1946-02-23) (umur 60)
Los Baños, Laguna, Komanwel Filipina
Sebab kematianHukuman gantung
Tempat persemadianTanah Perkuburan Tama Reien, Fuchu, Tokyo, Jepun
Alma materAkademi Tentera Darat Imperial Jepun
AnugerahOrder of the Golden Kite
Order of the Rising Sun
Order of the Sacred Treasure
Order of the German Eagle
Perkhidmatan ketenteraan
Nama samaranHarimau Malaya
The Beast of Bataan[1]
Kesetiaan Empayar Jepun
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Empayar Jepun Tentera Imperial Jepun
Tahun perkhidmatan1905–1945
Pangkat Jeneral
PerkhidmatanTentera Darat Ke-25
Tentera Darat Kawasan Pertama
Tentera Darat Kawasan Ke-14
PertempuranPerang Dunia I
Perang China-Jepun Kedua
Perang Pasifik

Tomoyuki Yamashita (山下 奉文, Yamashita Tomoyuki, 8 November 1885 – 23 Februari 1946; juga dipanggil Tomobumi Yamashita[2]) adalah seorang Jeneral dalam Tentera Darat Imperial Jepun dan penjenayah perang Jepun semasa Perang Dunia II. Yamashita memimpin ketumbukan Jepun semasa penjajahan Tanah Melayu dan Pertempuran Singapura, penaklukannya ke atas Tanah Melayu dan Singapura dalam masa 70 hari telah memberikan beliau gelaran "Harimau Malaya" dan menyebabkan Perdana Menteri British Winston Churchill menggelar kejatuhan Singapura yang memalukan ini kepada Jepun sebagai "bencana terburuk" dan "penyerahan terbesar" dalam sejarah ketenteraan British.[3] Kemudian Yamashita telah diberi tugas mempertahankan Filipina daripada kemaraan pihak Bersekutu. Walaupun beliau tidak dapat menghalang kemaraan tentera Bersekutu yang lebih besar, dengan bekalan semakin berkurangan dan serangan gerila Sekutu, beliau dapat bertahan di sebahagian Luzon sehingga selepas penyerahan kalah rasmi Jepun pada Ogos 1945.

Selepas perang, Yamashita telah dibicarakan kerana jenayah perang yang dilakukan oleh pasukan tentera bawahannya semasa Jepun mempertahankan Filipina pada tahun 1944. Yamashita menafikan tuduhan jenayah perang tersebut dan beliau menyatakan tidak mengetahui apa yang berlaku. Bukti yang bercanggah telah dikemukakan semasa perbicaraan samada Yamashita sendiri mengarahkan jenayah ini dan samada beliau sendiri tahu jenayah yang dilakukan. Mahkamah akhirnya mendapati Yamashita bersalah dan dihukum mati pada Februari, 1946. Keputusan terhadap Yamashita – mensabitkan tanggungjawab panglima atas jenayah perang orang bawahan selagi panglima tidak cuba membongkar dan menghalangnya daripada berlaku – dikenali sebagai Yamashita standard.

Tomoyuki Yamashita, 1945
  1. ^ Marouf Hasian, In the Name of Necessity: Military Tribunals and the Loss of American Civil Liberties, University of Alabama Press, 2012, p. 286 (chapter 7, note 6). "Contemporary writers sometimes called Yamashita the "Beast of Bataan." See "The Philippines: Quiet Room in Manila," Time, 12 November, 194.5, 21."
  2. ^ [1] Virtual International Authority File
  3. ^ Churchill, Winston (2002). Churchill, Winston (2002). The Second World War. London: Pimlico. ISBN 978-0712667029.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search