Kerajaan Tonga توڠا Pule'anga Fakatu'i 'o Tonga | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Ko e ʻOtua mo Tonga ko hoku tofiʻa God and Tonga are my Inheritance | |||||
Lagu kebangsaan: Ko e fasi ʻo e tuʻi ʻo e ʻOtu Tonga | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Nukuʻalofa | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Tonga, Bahasa Inggeris | ||||
Demonim | Tongan | ||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan | ||||
• Raja | Tupou VI | ||||
Siaosi Sovaleni | |||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada British | 4 Jun 1970 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 748 km2 (289 bt2) (ke-186) | ||||
4.0 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2009 | 104,000[1] (ke-194) | ||||
139/km2 (360.0/sq mi) (ke-761) | |||||
KDNK (PPP) | 2008 | ||||
• Jumlah | $553 juta[2] | ||||
$5,373[2] | |||||
KDNK (nominal) | 2008 | ||||
• Jumlah | $258 juta[2] | ||||
$2,500[2] | |||||
HDI (2008) | ▲ 0.774 tinggi · ke-85 | ||||
Mata wang | Paʻanga ( TOP ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+13 | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | 676 | ||||
Kod ISO 3166 | TO | ||||
DPT internet | .to | ||||
|
Tonga (bahasa Tonga: [ˈtoŋa][3]; nama penuh Puleʻanga Fakatuʻi ʻo Tonga) ialah sebuah negara kepulauan di bahagian selatan Lautan Pasifik sekitar satu pertiga jarak perjalanan antara New Zealand dan Hawaii. Tonga terletak di sebelah selatan Samoa dan timur Fiji. Negara ini terdiri dari 176 pulau, 36 di antaranya berpenghuni. Pulau terbesarnya ialah Tongatapu.
Tonga menjadi sebuah perlindungan Britain pada 18 Mei 1900 berdasarkan Perjanjian Persahabatan. Status ini berakhir pada 4 Jun 1970 ketika Tonga mengisytiharkan kemerdekaannya. Komisen Tinggi United Kingdom di Tonga yang telah didirikan sejak 1901 akan ditutup pada 2006.
Dalam pelbagai bahasa Polinesia, erti kata Tonga ialah "selatan"; dalam hal Tonga, hal ini merujuk kepada kepulauan Tonga yang merupakan kepulauan paling selatan di Polinesia.[4]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search