Tragedi Highland Towers

Tragedi Highland Towers
2 daripada 3 blok bangunan Highland Towers yang masih berdiri pada 2008, serupa dengan reka bentuk blok 1 yang runtuh.
Tarikh11 Disember 1993 (1993-12-11)
Masa1:35 petang WPM (Petang Sabtu)
LokasiHighland Towers, Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, Malaysia
PenyebabTanah runtuh akibat hujan lebat berterusan selama lebih 2 minggu
Kematian48[nota 1]

Tragedi Highland Towers berlaku pada 11 Disember 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Blok Menara 1 runtuh akibat tanah runtuh besar yang disebabkan oleh hujan lebat yang menyebabkan paip lencongan pecah.[1] Highland Towers terdiri daripada tiga bangunan 12 tingkat atau "blok". Keruntuhan Blok 1 mengakibatkan 48 kematian.[2] Penduduk dua blok lain dan pertubuhan berdekatan telah dipindahkan kerana kebimbangan keselamatan.

Kompleks kondominium ini dibina secara berfasa antara 1974 dan 1982. Ia dibina di dasar barat bukit bercerun curam, berteres secara meluas pada awal 1980-an. Blok 1 ialah bangunan paling selatan, Blok 2 dibina di utara-barat laut Blok 1, dan Blok 3 dibina di barat Blok 2. Menara-menara itu menjadi kediaman kepada keluarga kelas pertengahan yang mewah; peratusan yang besar daripada penduduk ialah golongan ekspatriat. Kejadian tersebut ialah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.[3] Setakat tahun 2019, dua bangunan ini dalam proses perobohan.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "1993: Highland Towers Collapse". Learning from Building Failures (dalam bahasa Inggeris). 1993-02-06. Dicapai pada 2020-10-06.
  2. ^ AFIQAH (11 Disember 2018). "26 Years On: The Day The Highland Tower Collapsed". Rojak Daily. Dicapai pada 12 Julai 2019.
  3. ^ Ida Lim (11 Disember 2018). A timeline of the 1993 Highland Towers tragedy The Malay Mail. Dicapai pada 11 Disember 2018.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search