Tugu Negara

Tugu Negara
توݢو نݢارا
Pemandangan Tugu Negara
Map
Maklumat umum
JenisMonumen awam
LokasiTaman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, Malaysia
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat3°9′N 101°41′E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermula1963
Disiapkan pada8 Februari 1966
Tinggi15 meter (49 ka)
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekFelix de Weldon
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali ringkasnya sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.[1]

  1. ^ "Tugu Negara". welcome-kl.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-22. Dicapai pada 2012-07-16.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search