Tulisan Cina Tradisional

tulisan Cina tradisional
Jenis
Bahasabahasa Cina
Tempoh masa
sejak abad ke-5
Aksara induk
Cina
  • tulisan Cina tradisional
Arah tulisVaries
ISO 15924Hant, 502
Aksara Cina
Cina Tradisional
Aksara kelainan
Cina Ringkas
Cina Ringkas pusingan kedua
Kanji
- Kyujitai
- Shinjitai
Hanja
- Gugyeol
- Hyangchal
Chu Nom
- Han Tu
Seni khat Asia Timur
- Tulisan tulang ramalan
- Tulisan gangsa
- Tulisan mohor
- Tulisan kerani
- Tulisan biasa
- Skrip Separa Kursif
- Skrip Kursif
Kaedah Input

Tulisan Cina Tradisional (Cina Tradisional: 正體字/繁體字, Cina Ringkas: 正体字/繁体字, pinyin: zhèngtǐ zì/fántǐ zì) merujuk kepada salah satu daripada dua set piawai aksara Cina bercetak. Bentuk aksara Cina tradisional yang moden muncul buat pertama kali dengan kemunculan skrip perkeranian semasa Dinasti Han, dan telah mengekalkan bentuk yang lebih kurang stabil sejak abad ke-5 semasa Dinasti-dinasti Selatan dan Utara. Istilah "tradisional" dipergunakan untuk membezakan set aksara tradisional daripada set aksara Cina ringkas yang dibakukan oleh kerajaan Republik Rakyat China sejak dekad 1950-an.

Pada hari ini, aksara-aksara tradisional digunakan di Taiwan, Hong Kong, Makau, dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berasal dari kawasan/negara tersebut atau yang berhijrah sebelum penggunaan aksara ringkas di Republik Rakyat China. Sebagai perbandingan, aksara ringkas digunakan di tanah besar China, Singapura (dalam terbitan rasmi, walaupun banyak nama masih ditulis dalam aksara tradisional), dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berhijrah dari negara-negara tersebut selepas penggunaan aksara Cina Ringkas secara meluas. Perdebatan tentang aksara-aksara Cina tradisional dan ringkas merupakan suatu topik yang lama yang masih diperdebatkan antara komuniti-komuniti Cina.)


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search