![]() |
Tulisan Jawi توليسن جاوي | |
---|---|
Jenis tulisan | |
Tempoh masa | sekitar tahun 1300 Masihi sehingga kini |
Arah tulisan | Right-to-left ![]() |
Bahasa-bahasa | utamanya:
|
Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | |
Tulisan Jawi (توليسن جاوي, juga Jawoë di Aceh, Yawi di Pattani), Abjad Jawi, atau Arab Melayu (Sumatera, Kepulauan Riau, Kalimantan Barat dan Kalimantan Selatan; adakala disingkatkan kepada عرمل ArMel) atau Tulisan Melayu,[perlu rujukan] bermaksud sistem abjad berasaskan tulisan Arab dengan beberapa huruf tambahan (yakni huruf Jawi) yang digunakan untuk menulis bunyi-bunyi asas dalam bahasa Melayu iaitu چ ca, ڠ nga, ڤ pa, ݢ ga, ۏ va, danڽ nya.[1][2][3]
Tulisan Jawi merupakan satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan dalam hal ehwal keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia[4] dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search