Turki

Republik Turki
ريڤوبليك توركي
Türkiye Cumhuriyeti
Bendera Turki
Jata (Tidak rasmi) Turki
Bendera Jata (Tidak rasmi)
Cogan kata"Yurtta Barış, Dünyada Barış" (Tidak rasmi)
"Keamanan di negara, keamanan di dunia"
Lagu kebangsaanİstiklâl Marşı (Turki)
"Perarakan kemerdekaan"
Ibu negaraAnkara
Bandar terbesarİstanbul
Bahasa rasmiBahasa Turki
Agama
(2019)
KerajaanRepublik
• Presiden
Recep Tayyip Erdoğan
Peralihan 
19 Mei 1919
23 April 1920
• Deklarasi Republik
29 Oktober 1923
Populasi
• Perkiraan Disember 2022
Neutral increase 85,279,553[1] (ke-17)
111[1]/km2 (287.5/sq mi) (ke-83)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
USD3.613 trilion[2] (ke-11)
USD41,887[2] (ke-46)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
USD1.154 trilion[2] (ke-17)
USD13,383[2] (ke-65)
Gini (2019) 41.9[3]
sederhana
HDI (2021) 0.838[4]
sangat tinggi · ke-
Mata wangLira Turki4
(TRY)
Zon waktuUTC+2 (EET)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Kod panggilan+90
Kod ISO 3166TR
DPT internet.tr
1 "Yurtta sulh, cihanda sulh" (bahasa turki asal).
2 Perjanjian Lausanne (1923).
3 Kedudukan berdasarkan anggaran tahun 2005.
4 Lira Turki menggantika Lira baru Turki (Yeni Türk Lirası - YTL) pada 1 Januari 2009.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area"

Turki (Jawi: توركي, Turki: Türkiye[nota 1]) atau nama rasminya Republik Turki (Turki: Türkiye Cumhuriyeti[nota 2]) ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak dalam kawasan Balkan barat laut benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara iaitu Bulgaria di barat laut; Yunani di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga menempatkan Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan antara Eropah dan Asia lalu menjadikan Turki suatu negara rentas benua.[5]

Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantium dan Empayar Uthmaniyah dua-duanya berpusat di kota Kustantiniyah mendului Istanbul moden. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik menyaksikan persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh.[6][7]

Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik, sekular, dan satuan. Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, akibat Perang Dunia I. Sejak itu, Turki telah beransur-ansur bergabung dengan Barat sementara menjalin hubungan dengan dunia Timur. Negara ini ialah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,[8] Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),[9] Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan,[10] dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah,[11] serta negara ahli Majlis Eropah sejak tahun 1949,[12] dan NATO sejak tahun 1952.[13] Sejak tahun 2005, Turki adalah satu-satunya negara Islam pertama yang berunding menyertai Kesatuan Eropah, setelah merupakan ahli bersekutu sejak tahun 1963.[14] Turki juga merupakan ahli negara perindustrian G20 yang mempertemukan 20 buah ekonomi yang terbesar di dunia.

  1. ^ a b "The Results of Address Based Population Registration System, 2022". Turkish Statistical Institute. 31 December 2022. Dicapai pada 6 February 2023.
  2. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (Türkiye)". IMF.org. International Monetary Fund. 10 October 2023. Dicapai pada 10 October 2023.
  3. ^ "Gini index (World Bank estimate) – Turkey". World Bank. 2019. Dicapai pada 15 November 2021.
  4. ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
  5. ^ Universiti Sabancı (2005). "Geografi Turki". Universiti Sabancı. Dicapai pada 13 Disember 2006.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Ataturk
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Ottoman_Turkey
  8. ^ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (3 Julai 2006). "Pertumbuhan keahlian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1945-2005)". Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  9. ^ Pertubuhan Persidangan Islam (2006). "Keahlian OIC". OIC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-02-21. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  10. ^ OECD (2006). "Keahlian OECD". OECD. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  11. ^ Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (2005). "Negara-negara peserta OSCE". OSCE. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  12. ^ Majlis Eropah (27 Oktober 2006). "Turki dan Majlis Eropah". Majlis Eropah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-02-23. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  13. ^ NATO. "Yunani dan Turki menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara". NATO. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  14. ^ Turkish Sekretariat Turki untuk Hal-ehwal Kesatuan Eropah. "Kronologi hubungan Turki-Kesatuan Eropah". Sekretariat Turki untuk Hal-ehwal Kesatuan Eropah. Dicapai pada 30 Oktober 2006.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search