Ugarit

Ugarit
Pintu masuk Istana Diraja Ugarit
Nama alternatifRas Syamrah (Arab: رأس شمرة)
LokasiKegabenoran Latakia, Syria
WilayahHilal Subur
Koordinat35°36′07″N 35°46′55″E / 35.602°N 35.782°E / 35.602; 35.782
Jenispenempatan
Sejarah
Diasaskans. 6000 SM
Ditinggalkans. 1190 SM
ZamanNeolitikZaman Gangsa Akhir
BudayaKanaan
PeristiwaKejatuhan Zaman Gangsa
Perincian tapak
Tarikh penggalian1928–kini
Ahli arkeologiClaude F. A. Schaeffer
Keadaanpuing-puing
Hak milikAwam
Akses awamYa

Ugarit (bahasa Ugarit: 𐎜𐎂𐎗𐎚, ʼUgart; أُوغَارِيت Ūghārīt atau أُوجَارِيت Ūǧārīt) dahulu merupakan sebuah kota pelabuhan yang kini terletak di utara Syria, di pinggir bandar Latakia. Ia ditemui pada tahun 1928 dengan teks-teks Ugarit. Puing-puing peninggalannya dipanggil Ras Syamrah[1] sempena tanjung tinggi lokasinya.

Ugarit dahulu mempunyai hubungan rapat dengan Kerajaan Het. Ia kadangkala mengirimkan ufti ke Mesir, serta berjual beli dan menjalinkan hubungan diplomatik bersama Kiprus (dahulu dipanggil Alasyia) menurut catatan yang diperoleh dari tapak penggalian dan disokong oleh artifak tembikar Mikenai dan Kiprus yang ditemui sekali. Ugarit mencapai zaman kegemilangannya pada sekitar 1450 SM sehinggalah kemusnahannya sekitar 1200 SM. Ini mungkin disebabkan oleh Bangsa Laut. Kerajaan Ugarit merupakan satu daripada banyak lagi kerajaan yang jatuh semasa Kejatuhan Zaman Gangsa.

  1. ^ Sometimes written "Ras Shamrah"; رأس شمرة, literally "Cape Fennel"). See [1].

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search