Umar bin Al-Khattab

Umar
Khat nama Umar seperti yang menghiasi Aya Sophia.
Ketua Orang-orang beriman
(Amir al-Mu'minin)
Nama penuh'Umar bin al-Khattab bin Nufayl bin Abdul Uzza
Penaklukan23 Ogos 634 Masihi – 6 November 644 Masihi
Lahir582 Masihi (45 sebelum hijrah)
Tempat lahirMakkah, Semenanjung Arab
Meninggal dunia6 November 644 Masihi (26 Zulhijjah 23 Hijrah)[1]
Tempat meninggal duniaMadinah, Semenanjung Arab
Lokasi pengebumianMasjid Nabawi, Madinah
PendahuluSaidina Abu Bakar
PenggantiSaidina Uthman Affan
AyahandaAl-Khattab bin Nufayl
IbundaHantamah binti Hisham ibn al-Mugheerah
Saudara lelakiZayd ibn al-Khattab
Saudara perempuanFatimah bint al-Khattab
Isteri• Zaynab bint Maz'un
Umm Kulthum bint Ali
• Quraybah bint Abi Umayyah al-Makhzumi
• Umm Hakim bint al-Harith ibn Hisham
Jamilah bint Thabit
• Atikah bint Zayd ibn Amr ibn Nufayl
• Luhyah
• Fukayhah
Anakanda lelaki`Abd Allah ibn `Umar
• 'Abd ar-Rahman ibn 'Umar
• 'Ubaid Allah ibn 'Umar
• Zayd ibn 'Umar
• Asim ibn Umar
• Iyaad ibn 'Umar
• 'Abd ar-Rahman ibn 'Umar
• Abd ar-Rahman (Abu Shahmah)
Anakanda perempuanHafsa bint 'Umar
• Fatima bint 'Umar
• Zaynab bint 'Umar
KeturunanFarooqui
Gelaran lainAl-Farooq ("Pembanding diantara benar dan salah")
Amir al-Mo`mineen ("Ketua orang-orang beriman") [2]

Saidina Umar bin al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan Bani Adi Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin. Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Al-Khattab bin Nufayl bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah mengembala kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulang-alik ke Syam membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku pada masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

  1. ^ Ibn Hajar Al-Asqalani, Ahmad bin Ali. Lisan Ul-Mizan: *Umar bin al-Khattab al-Adiyy.
  2. ^ Muhammad, ibn Sa'ad (830-840 BCE). At-Tabaqat al Kubra. m/s. Chapter 3 page 281. Check date values in: |year= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search