Universiti

Universiti (disebut [u.ni.vĕr.si.ti] Jawi: اونيۏرسيتي, Mal., Sin., Bru.[1]) atau universitas ([u.ni.vĕr.si.tas], Ind.[1]) ialah sebuah institusi pendidikan tinggi dan pengkajian yang menganugerahkan ijazah akademik di pelbagai peringkat dan bidang.

Pendahulu badan-badan pendidikan tinggi sebegini sudah ada lama wujud di Dunia Lama terutamanya di Asia dan Afrika.[2] Akan tetapi, sistem institusi moden yang lebih dikenali pada hari ini mula wujud pada zaman Pertengahan di Eropah terutamanya Itali di mana ia asalnya dikhususkan untuk para agamawan dan pendeta pada ketika itu.[3]

  1. ^ a b "university - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  2. ^ "University". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-13.
  3. ^ Haskins, Charles H. (January 1898). "The Life of Medieval Students as Illustrated by their Letters". The American Historical Review. 3 (2): 203. doi:10.2307/1832500. ISSN 0002-8762.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search