Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Pendidikan Sultan Idris
اونيۏرسيتي ڤنديديقن سلطان إدريس
Logo UPSI
MotoPengetahuan Suluh Budiman
JenisAwam
Ditubuhkan pada29 November 1922 SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris bagi Guru Melayu),1957(MPSI),1987 (IPSI) & 1997 (UPSI)
CanselorDYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Davidson
Naib CanselorProf. Dato' Dr. Md. Amin Md. Taff[1]
Lokasi, ,
KampusKampus Sultan Abdul Jalil Shah Kampus Sultan Azlan Shah (Proton City)
Laman sesawangPortal rasmi UPSI
Pintu masuk kampus Sultan Abdul Jalil.

Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris.

Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "Pengetahuan Suluh Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman".


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search