Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia
اونيۏرسيتي تيكنولوڬي مليسيا
Logo UTM
logo rasmi UTM
Moto"Kerana Tuhan Untuk Manusia"
JenisAwam
Ditubuhkan pada14 Mac 1972
CanselorDYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor
Naib CanselorProf. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail
Pelajar21,749
Siswazah17,946
Ijazah/Sarjana3,803
Lokasi,
KampusKampus utama di Skudai
Kampus kedua di Kuala Lumpur
PenggabunganASAIHL
Laman sesawangUniversiti_Teknologi Malaysia
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "ranking"

Universiti Teknologi Malaysia (singkatan: UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.

Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.

UTM terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat (selepas UM, UKM, UPM; USM menjadi Universiti Apex pada 2008) di Malaysia pada 2010.[3]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search