Utusan Malaysia

Utusan Malaysia
اوتوسن مليسيا
Pemikiran Baharu
JenisAkhbar harian
FormatTerbitan lebar sehelai
Diasaskan29 Mei 1939
BahasaMelayu
Ibu pejabat
  • No. 64, Queen Street dan No. 185, Cecil Street, Singapura (pejabat lama)
  • No. 44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, Malaysia (pejabat lama)
  • Level 4 (East) & Level 5 Quattro West, 4, Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor ( HQ, since 2020)
BandarKuala Lumpur
NegaraMalaysia
Edaran154,776 (sehari)
336,233 (Mingguan Malaysia)
4,084 (E-akhbar sehari)
4,035 (E-akhbar Mingguan Malaysia)
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, Malaysia - Julai hingga Disember 2015[1][2]
PemilikUtusan Melayu Press Limited (1939-1967)
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (1967-2019)
Media Mulia Sdn. Bhd. (2019-kini)
PengasasTun Yusof Ishak
PenerbitMohamad Azlan Jaafar
PengarangAznan Bakar
Timb. pengarangZulkifli Jalil
Pengarang beritaIsmail Daud

Muhammad Nizam Abdul Hamid
Teon Ng
Meor Harman Meor Shakri

Mohd.Radzi Mohd. Zain
Nombor OCLC9786722
Laman sesawangwww.utusan.com.my

Utusan Malaysia (Jawi: اوتوسن مليسيا) merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu Malaysia dan akhbar berbahasa Melayu tertua negara. Dahulu di bawah pemilikan daripada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, kini Utusan diterbitkan di bawah Media Mulia. Menurut laporan Biro Audit Pengedaran (ABC) pada 2004 jualan harian akhbar Utusan ialah sebanyak 256,247 naskhah tetapi pada 2009 jualan harian akhbar menjunam ke 169,548 naskhah. Sejak 2018, akhbar ini beralih saiz dari format lebar sehelai kepada tabloid.

Pada awal penerbitannya, Utusan Malaysia merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan Jawi.[3] Kini ia telah dicetak menggunakan huruf Rumi. Beberapa agensi berita telah melaporkan bahawa Utusan Malaysia akan menutup operasi pada 21 Ogos 2019 akibat masalah kewangan, namun tidak disahkan.[4] Utusan secara rasminya menamatkan operasinya pada 9 Oktober 2019, selepas 80 tahun diterbitkan.[5][6][7] Telah dilaporkan bahawa Utusan akan diterbitkan semula pada 1 November 2019 selepas syarikat Aurora Mulia milik Syed Mokhtar Al-Bukhary memperoleh majoriti saham dalam anak syarikat Utusan, Dilof Sdn. Bhd.,[8][9] bagaimanapun, penerbitan tersebut tidak dilaksanakan.

Susulan penutupan akhbar itu, Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof, mengumumkan bahawa Utusan Malaysia akan membuat kemunculan semula pada 2020.[10] Akhbar itu telah dilancarkan semula pada 20 Julai 2020.[11][12][13]

  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-09-18. Dicapai pada 2018-04-01.
  2. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-09-18. Dicapai pada 2018-04-01.
  3. ^ The first edition of Utusan Melayu, published in Jawi (arabic transcript) on 29 May 1939
  4. ^ "Warga Utusan bakal terima gaji pendahuluan malam ini". sinarharian.com.my. 20 Ogos 2019. Dicapai pada Ogos 20, 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Utusan Group ceases operations, staff told to vacate offices by 1pm Wednesday (Oct 9)". The Star (Malaysia). 9 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  6. ^ "End of the road for Utusan". Free Malaysia Today. 9 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-10. Dicapai pada 9 October 2019.
  7. ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 9 Oktober 2019.
  8. ^ "Utusan ceases publication but may be back soon". The Star. 10 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
  9. ^ Asyraf, Faisal. "Some of Utusan workers will be rehired by new company, says Dr M". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
  10. ^ "Utusan Malaysia muncul semula 2020". Malaysiakini. 10 November 2019. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  11. ^ "Utusan Malaysia dijangka beroperasi semula Julai". Malaysiakini.com. 21 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2020. Dicapai pada 7 Julai 2020.
  12. ^ "Utusan Malaysia set to return in July". Malaysiakini. 21 June 2020. Dicapai pada 24 June 2020.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mkini20200720

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search