Utusan Melayu

Utusan Melayu
JenisAkhbar mingguan Isnin
FormatTabloid
Diasaskan29 Mei 1939 (1939-05-29)
Pemihakan politikPro-kerajaan
BahasaJawi
Dihentikan penerbitan9 Oktober 2019 (2019-10-09)
Ibu pejabat46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Malaysia
Edaran256,247
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, 2004
PemilikKumpulan Utusan
PenerbitUtusan Melayu (M) Berhad

Utusan Melayu merupakan sebuah surat khabar mingguan Malaysia. Diterbitkan dalam tulisan Jawi, akhbar ini mula diterbitkan di Singapura pada 29 Mei 1939 oleh Utusan Melayu Press Limited (UMPL).[1][2] Ia merupakan sisipan akhbar nasional bagi Utusan Malaysia yang diedarkan setiap Isnin. Kandungan yang terdapat di dalam akhbar ini bercirikan berita semasa dalam dan luar negeri, pendidikan jawi, cerpen, hiburan, dan sukan. Utusan Melayu merupakan penerbitan penting kerana ia merupakan akhbar Melayu pertama yang dimiliki sepenuhnya, dibiayai, ditulis dan diuruskan oleh orang Melayu.[3]

Kelahiran Utusan Melayu merupakan detik penting bagi pertubuhan politik Kesatuan Melayu Singapura kerana ia menandakan kebangkitan dan kemajuan orang Melayu sebagai sebuah bangsa. Akhbar ini ditubuhkan bukan untuk menyaingi akhbar lain tetapi untuk berkhidmat kepada bangsa, agama dan watan orang Melayu.[4][5][6] Yusof Ishak, yang kemudiannya menjadi Yang di-Pertuan Negara Singapura pertama kelahiran Malaya dan seterusnya presiden pertama, merupakan salah seorang penggerak utama akhbar itu. Cetakan terakhir Utusan Melayu tulisan Jawi ialah pada 31 Disember 2002 dan akhbar ini dihentikan penerbitannya pada 1 Januari 2003. Namun begitu, Lembaga Pengarah Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah membuat keputusan untuk menutup operasi syarikat itu pada 9 Oktober 2019, setelah berpendapat bahawa Utusan tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.[7][8][9]

  1. ^ A.M. Iskandar Haji Ahmad (1973). Persuratkhabaran Melayu, 1876-1968. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. m/s. 7.
  2. ^ Jazamuddin & Khoo 1980, m/s. 105.
  3. ^ Jeman Sulaiman (7 November 1988). "The rise of Malay newspapers" [Kebangkitan akhbar Melayu]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). m/s. 6. Dicapai pada 1 Februari 2022.
  4. ^ K.G. Tregonning (1972). A history of modern Malaysia and Singapore [Sejarah Malaysia dan Singapura moden] (dalam bahasa Inggeris). Eastern Universities Press. m/s. 146.
  5. ^ Utusan 1949, m/s. 179.
  6. ^ Zainuddin 2013, m/s. 21–22.
  7. ^ "Utusan Group ceases operations, staff told to vacate offices by 1pm Wednesday (Oct 9)" [Kumpulan Utusan menamatkan operasi, kakitangan diminga untuk kosongkan pejabat sebelum jam 1 petang (9 Okt)]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 9 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2019. Dicapai pada 9 Oktober 2019.
  8. ^ "End of the road for Utusan" [Penghujung jalan untuk Utusan]. Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 9 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2019. Dicapai pada 9 Oktober 2019.
  9. ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2019. Dicapai pada 9 Oktober 2019.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search