Vietnam

Koordinat: 16°10′N 107°50′E / 16.167°N 107.833°E / 16.167; 107.833

Republik Sosialis Vietnam
ريڤوبليك سوسياليس ۏيتنام
Cộng hòa Xã hội chủ nghĩa Việt Nam (Vietnam)
Bendera Vietnam
Lambang Vietnam
Bendera Lambang
Cogan kataĐộc lập – Tự do – Hạnh phúc
"Kemerdekaan – Kebebasan – Kebahagiaan"
Lagu kebangsaanTiến Quân Ca
("Perarakan Tentera")
Lokasi  Vietnam  (green) di ASEAN  (dark grey)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Vietnam  (green)

di ASEAN  (dark grey)  –  [Petunjuk]

Ibu negaraHanoi
21°2′N 105°51′E / 21.033°N 105.850°E / 21.033; 105.850
Bandar terbesarBandaraya Ho Chi Minh
Bahasa rasmi
dan kebangsaan
Vietnam
Kumpulan etnik
Agama
KerajaanRepublik sosialis satu parti Marxis-Leninis
Nguyễn Phú Trọng
• Presiden
Tô Lâm
Phạm Minh Chính
Trần Thanh Mẫn
Badan perundanganDewan Undangan Negara
Pembentukan
2 September 1945
21 Julai 1954
2 Julai 1976[3]
• Diterima masuk PBB
20 September 1977
Keluasan
• Jumlah
331,230.8[4] km2 (127,888.9 bt2) (66)
• Perairan (%)
6.4[5]
Populasi
• Perkiraan 2016
94,569,072[6] (14)
276.03/km2 (714.9/sq mi) (46)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$697.752 billion[7] (35)
$7,378[7] (128)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$234.688 billion[7] (47)
$2,481[7] (129)
Gini (2014)37.6[8]
sederhana
HDI (2015) 0.683[9]
sederhana · 115
Mata wangđồng (₫)
(VND)
Zon waktu()
Format tarikhdd/mm/yyyy
Arah memanduright
Kod panggilan+84
Kod ISO 3166VN
DPT internet.vn

Vietnam (Tulisan Jawi: ۏيتنام; Vietnam: Việt Nam melafazkan [vîət nāːm] ( dengar)), secara rasminya Republik Sosialis Vietnam (Vietnam: Cộng hòa xã hội chủ nghĩa Việt Nam (About this sound)), merupakan negara yang paling di timur di Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Dengan kira-kira 94.6 juta penduduk setakat 2016, ia merupakan negara ke-14 paling ramai penduduk di dunia, dan negara Asia yang ke-9 teramai. Vietnam bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, Kemboja di barat daya, Thailand di seberang Teluk Thailand di barat daya, dan Filipina, Malaysia dan Indonesia di seberang Laut China Selatan di timur dan tenggara.[b] Ibu negaranya ialah Hanoi semenjak bersatunya kembali Vietnam Utara dan Selatan pada 1976, sedangkan Bandaraya Ho Chi Minh bandar yang paling ramai penduduknya.

Bahagian utara Vietnam pernah menjadi taklukan Kemaharajaan China selama lebih satu alaf, dari tahun 111 SM hingga 939 M. Sebuah negeri Vietnam bebas terbentuk pada tahun 939 ekoran kemenangan Vietnam dalam Pertempuran Sungai Bạch Đằng. Mekarlah dinasti demi dinasti raja Vietnam sementara bangsanya diperluas dari segi wilayah dan kuasa ke dalam Asia Tenggara hinggalah Semenanjung Indochina Peninsula dijajah oleh Perancis pada pertengahan abad ke-19.

Ekoran pendudukan Jepun pada tahun 1940-an, Vietnam menentang pemerintahan Perancis dalam Perang Indochina Pertama. Pada 2 September 1945 Presiden Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dari Perancis di bawah nama baru Republik Demokratik Vietnam. Pada tahun 1954, Vietnam mengisytiharkan kemenangan di Peristiwa Dien Bien Phu yang berlaku dari Mac hingga Mei 1954 dan berakhir dengan kekalahan besar Perancis. Selepas itu, Vietnam terbahagi kepada dua negeri, iaitu Vietnam Utara (secara rasmi Republik Demokratik Vietnam), dan Vietnam Selatan (secara rasmi Republik Vietnam). Konflik antara kedua-dua pihak menjadi sengit dalam peristiwa yang dikenali sebagai Perang Vietnam, dengan campur tangan yang mendalam oleh Amerika Syarikat di pihak Vietnam Selatan dari 1965 hingga 1973. Perang berakhir dengan kemenangan Vietnam Utara pada tahun 1975.

Vietnam kemudian disatukan di bawah pemerintahan Komunis tetapi masih miskin dan mengasingkan diri. Pada tahun 1986, Partai Komunis Vietnam memulakan pembaharuan ekonomi dan politik reformasi yang membawa Vietnam ke arah integrasi ke dalam ekonomi dunia.[11] Pada tahun 2000, ia telah menjalin hubungan diplomatik dengan semua bangsa-bangsa. Sejak tahun 2000, kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam antara yang tertinggi di dunia, dan pada 2011, ia mencatat Indeks Penjana Pertumbuhan Global tertinggi antara 11 ekonomi utama.[12] Atas kejayaan pembaharuan ekonomi ini Vietnam menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia pada tahun 2007. Ia juga ahli Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik dan Pertubuhan Antarabangsa Francophonie (untuk negara-negara berbahasa Perancis).

  1. ^ "Dân tộc Kinh" (dalam bahasa Vietnam). Parti Komunis Vietnam. 15 Oktober 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2016. Dicapai pada 21 November 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 2014data
  3. ^ Robbers, Gerhard (30 Januari 2007). Encyclopedia of world constitutions. Infobase Publishing. m/s. 1021. ISBN 978-0-8160-6078-8. Dicapai pada 1 Julai 2011.
  4. ^ "TỔNG CỤC THỐNG KÊ". [GSO.GOV.VN]
    Diện tích có đến 31/12/2015 theo Quyết định số 455/QĐ-BTNMT ngày 21 tháng 3 năm 2017 của Bộ trưởng Bộ Tài nguyên / Cập nhật lần cuối (gov.vn) 2017-08-14 14:45
    English: Area as of 31/12/2015 according to Decision No. 455 / QD-BTNMT dated 21 March 2017 of the Minister of Natural Resources and Environment / Last updated (gov.vn) 2017-08-14 14:45.
  5. ^ "Vietnam – Geography". Index Mundi. 12 July 2011. Retrieved 19 December 2011.
  6. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  7. ^ a b c d "World Economic Outlook: Vietnam". International Monetary Fund.
  8. ^ "Gini Index". World Bank. Dicapai pada 14 February 2017.
  9. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai pada 23 March 2017.
  10. ^ "China continues its plot in the East Sea". Vietnamnet News. 10 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-16. Dicapai pada 16 February 2013.
  11. ^ "Vietnam's new-look economy". BBC News. 18 October 2004. Dicapai pada 21 November 2015.
  12. ^ Weisenthal, Joe (22 February 2011). "3G Countries". Business Insider. Dicapai pada 6 August 2011.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search