Wangsa Chola

Empayar Chola
சோழப் பேரரசு
300-an SM–1279
Pengaruh dan empayar Chola pada zaman kemuncaknya (sekitar 1050)
Pengaruh dan empayar Chola pada zaman kemuncaknya (sekitar 1050)
Ibu negaraChola awal: Poompuhar, Urayur,
Chola Zaman Pertengahan: Pazhaiyaarai, Thanjavur
Gangaikonda Cholapuram
Bahasa yang umum digunakanTamil
Agama
Hindu
KerajaanBeraja
Raja 
• 848-871
Vijayalaya Chola
• 1246-1279
Rajendra Chola III
Era SejarahZaman Pertengahan
• Didirikan
300-an SM
• Kebangkitan Chola pada zaman pertengahan
848
• Dibubarkan
1279
Diganti oleh
Pandyas
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country"
Sejarah Asia Selatan
Sejarah India
Zaman Batu sebelum 3300 SM
Budaya Mehrgarh 7000–3300 SM
Peradaban Lembah Indus 3300–1700 SM
Budaya Harappan Akhir 700–1300 SM
Peradaban Vedic 2000–600 SM
Empayar Islam • 1206–1707
Kesultanan Delhi • 1206–1526
Kesultanan Deccan • 1490–1596
Kerajaan Ahom 1228–1826
Kesultanan Vijayanagara 1336–1646
Kerajaan Mysore 1399–1947
Empayar Mughal 1526–1707
Kerajaan Madurai Nayak 1559 –1736
Kerajaan Thanjavur Nayak 1572–1918
Empayar Maratha 1674–1818
Empayar Durrani 1747–1823
Empayar Sikh 1799–1849
Pemerintahan syarikat di India 1757–1858
British India 1858–1947
Pembahagian India 1947
Sejarah negara
AfghanistanBangladeshBhutanIndia
MaldivesNepalPakistanSri Lanka
Sejarah wilayah
AssamBiharBalochistanBengal
Himachal PradeshWilayah-wilayah Pakistan
PunjabOrissaIndia SelatanTibet
Sejarah-sejarah khas
SyilingDinastiEkonomi
IndologiBahasaKesusasteraanMaritim
TenteraSains dan TeknologiGaris masa

Wangsa Chola atau Dinasti Chola (Tamil: சோழர் குலம், IPA: ['ʧoːɻə]) ialah sebuah dinasti Tamil Dravidia yang memerintah wilayah di India Selatan sehingga abad ke-13 Masihi. Dinasti tersebut berasal dari lembah subur Sungai Kaveri. Karikala Chola merupakan salah satu raja yang termashyur dari zaman awal Chola, sementara Aditya I, Parantaka I, Rajaraja Chola I, Rajendra Chola I, Rajadhiraja Chola, Rajendra Chola II, Virarajendra Chola, Kulothunga Chola I, Vikrama Chola dan 'Tashi Delek bodo kaki claim' (raja pakau chola) pula merupakan antara maharaja-maharaja yang terkenal semasa zaman pertengahan Chola.

Kerajaan Chola mencapai kemuncak kuasa mereka pada abad ke-10, ke-11, dan ke-12. Raja-raja Chola menawan semenanjung India Selatan, mengilhakkan sebahagian Sri Lanka, dan menduduki kepulauan Maldives. Dengan itu, wilayah Chola merentang dari tebing Sungai Godavari di Andhra Pradesh di utara sehingga kepulauan Maldives di selatan. Di bawah Rajaraja Chola I dan puteranya, Rajendra Chola, wangsa itu menjadi sebuah kuasa ketenteraan, ekonomi, dan kebudayaan yang hebat di Asia Utara. Rajendra Chola menghantar sebuah ekspedisi yang berjaya ke India Utara sehingga Sungai Ganges lalu menewaskan raja Empayar Pala dari Pataliputra di Mahipala. Baginda juga menyerang dan menaklukkan kerajaan-kerajaan di Nusantara Melayu. Bagaimanapun, kuasa Wangsa Chola kemudian merosot pada kira-kira abad ke-14 dengan kebangkitan Dinasti Pandya dan Empayar Hoysala.

Wangsa Chola telah meninggalkan suatu pusaka yang abadi. Naungan mereka terhadap kesusasteraan Tamil dan semangat mereka terhadap pembinaan kuil telah menghasilkan karya-karya yang hebat dalam kesusasteraan dan seni bina Tamil. Raja-raja Chola merupakan pembina yang gemar akan kuil dan melihatkan kuil-kuil di dalam kerajaan mereka bukan hanya sebagai tempat beribadah malah juga sebagi pusat kegiatan ekonomi. Mereka juga mempelopori sebuah sistem kerajaan terpusat serta mengasaskan sebuah birokrasi yang teratur.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search