Wawasan 2020

Logo Wawasan 2020, Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada 28 Februari 1991, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya bukan sahaja pada bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search