Wikipedia:Lencongan

Lencongan ialah laman yang tiada kandungan dengan sendirinya, tetapi menghantar pembaca ke rencana yang lain, bahagian rencana, atau halaman, dari tajuk yang lain. Cth. jika "UK" ditaipkan dalam ruangan cari, atau pautan wiki UK diikuti, anda akan dibawa ke United Kingdom, dengan catatan "(Dilencongkan dari UK)" di bahagian atas rencana. Ini adalah kerana halaman UK mengandungi teks wiki #LENCONG [[United Kingdom]], yang menetapkannya sebagai laman lencongan yang menyatakan rencana yang disasarkan. Untuk melencong ke bahagian tertentu dalam laman sasaran, gunakan sintaks #LENCONG [[Tajuk halaman#Tajuk bahagian]].

Halaman ini merupakan panduan penggunaan lencongan secara betul di Wikipedia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search